22-05-09
Kepada pengarang yang dihormati,
PRM tidak bertanding selepas penilaian
Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM) memutuskan supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti semalam, dan menyeru pengundi-pengundi memberi sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat setelah berbincang tentang pandangan organisasi-organisasi dan individu-individu termasuk pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterima PRM.
Setelah PRM mengumumkan keputusan untuk bertanding dalam PRK Penanti, pelbagai pihak telah menghubungi pemimpin pusat dan pemimpin negeri Pulau Pinang PRM. Antaranya, terdapat pandangan yang memberi sokongan kepada PRM, ada juga pendapat yang menasihati supaya PRM tidak meletakkan calon, sebaliknya memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Walaupun bertanding dalam mana-mana pilihan raya umum dan pilihan raya kecil merupakan dasar PRM, tetapi pandangan dalaman dan daripada luar parti juga menjadi kayu ukuran yang penting semasa PRM membuat keputusan sama ada masuk untuk bertanding atau tidak.
Jawatankuasa Pusat PRM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak yang menghubungi PRM dan memberikan kata-kata nasihat kepada PRM terhadap keputusan PRM bertanding dalam PRK Penanti.
PRM seperti sediakala tetap menentang dasar kapitalis BN yang rakus dan hanya menguntungkan segelintir elit yang berkuasa. PRM amat menghargai teguran dan nasihat seperti tersebut di atas. Pandangan tersebut akan dipertimbangkan dengan serius dalam proses menentukan keputusan PRM. Dalam pada ini, PRM ingin menyeru tenaga-tenaga yang menentang dasar BN ini supaya bersatu dan nyahkan kuasa pemerintahan BN.
Yang benar,
(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung
012-2766551
21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment