7-5-09
Kepada pengarang yang dihormati,
PRM kutuk penahanan aktivis Wong Chin Huat
Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah serta mengutuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan zalimnya mengguna Akta Hasutan 1948 yang ketinggalan zaman menahan aktivis BERSIH Wong Chin Huat . PRM juga membantah dan mengutuk penahanan Naib Presiden Pas Mohamad Sabu. PRM menuntut supaya kedua-dua aktivis dibebaskan segera.
Wong Chin Huat dan BERSIH menyeru rakyat di seluruh negera memakai pakaian hitam pada 7 Mei 2009 untuk membantah perbuatan Barisan Nasional yang merampas kuasa pemerintah negeri Perak tanpa mengikuti peraturan dan proses undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan BN sendiri hanya menjalankan hak politik demokratik dan tanggungjawab seseorang warganegara.
Dengan demikian, rakyat diseru membantah kelakuan segelintir elit yang tamak dan gila akan kuasa dan perolehan kuasa tanpa menghiraukan peraturan-peraturan yang wujud semata-mata untuk memenuhi kehendak dan kehausan kuasa. Jika perbuatan tersebut dibiarkan berlaku begitu sahaja, akhirnya yang menerima padah adalah rakyat.
Perbuatan penahanan dan penghadapan Wong Chin Huat kepada mahkamah juga mendedahkan BN takut akan bayang perbuatan diri sendiri.
BN masih berpegang pada fikiran kolot bahawa undang-undang opresif dan zalim gubahan kerajaan penjajah Inggeris yang telah digunakan selama 60 untuk menindas rakyat negara ini yang menuntut keadilan dan demokrasi masih sesuai dipakaiguna dan berkesan serta efektif untuk menekan dan melenyapkan suara rakyat yang membantah dan berfikiran lain (dissension), serta untuk melindungi kuasa pemerintah BN yang diperoleh melalui cara yang tidak sah dan tidak bermoral.
Perbuatan kerajaan BN ini dengan jelasnya memperlihatkan perubahan yang diuar-uarkan oleh pimpinan baru UMNO tidak lain daripada permainan wayang kulit untuk menghiburkan hati rakyat yang telah muak dan jijik dengan pemerintahan BN.
Oleh itu, PRM menyeru rakyat negara ini walaupun terdiri daripada aliran fahaman politik dan fikiran berlainan supaya bersatu-padu menentang kerajaan BN yang memerintah negara ini secara diktator dan tamak, demi merealisasikan cita-cita rakyat yang diidam-idamkan dan diperjuangkan selama 60 tahun Sejas 1948, lalu membina semula sebuah negara yang adil dan demokratik pada ketika negara dalam peringkat perkembangan sejarah yang baru.
Yang benar,
(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung
012-2766551
21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment