12-03-09
Kepada Pengarang yang dihormati,
Bubar DUN untuk selesai kemelut politik perak
Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) selaku Ketua Badan Penyelaras Negeri Perak Parti Rakyat Malaysia (PRM) Karim Derun berpendapat bahawa jalan yang paling baik dan terhormat bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Perak ialah membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihanraya negeri membiarkan rakyat Perak menentukan nasib mereka.
Jika DUN Perak tidak dibubarkan dan kemelut politik Perak berlarutan, banyak tenaga disedut untuk atas-mengatasi sesama lawan.
Dalam proses ini, demokrasi di negara ini bukan saja terus dicacatkan, bahkan akan menghindar daya usaha kerajaan sama ada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi dan menangani krisis ekonomi yang sedang berlaku dan yang paling serius sejak selepas Perang Dunia Kedua .
Akhirnya rakyat Negara ini akan menjadi mangsa dan korban taktik politik BN yang terang-terang tidak segan silunya mengetepikan peraturan yang sedia ada semata-mata untuk meragut kuasa perintah negeri Perak daripada PR, kehidupan rakyat tidak akan cerah.
Selain itu, PRM Perak telah juga membuat keputusan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil di kawasan Parlimen Bukit Gantang, sebaliknya akan memberikan sokongan bulat kepada calon pembangkang yang bakal bertanding supaya percaturan dan program politik BN yang tidak demokratik dan hanya menjaga kepentingan segelintir suku-sakat mereka yang berkuasa dibendung dan ditolak.
Yang benar,
Karim Derun
AJKP dan Ketua Negeri Perak PRM
013-3517861
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment