Tuesday, August 25, 2009

siapa didahulukan: pegawai atau rakyat

Batalkan langkah tutup pintu kecil pasar borong Selayang.

Kenyataan akhbar Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik memberi perhatian serta mengambil tindakan segera , membatalkan langkah yang dilaksanakan oleh pegawai baru Dewan Bandaraya K.L. di Pasar Borong Selayang. Langkah tersebut telah menutup pintu-pintu kecil keluar-masuk pasar tersedut dua hari yang lalu. Pintu-pintu telah dikimpal.

Pada masa yang sama, Menteri berkenaan harus memastikan perbuatan yang tidak munasabah dan menyusahkan pengguna itu tidak akan berulang lagi.

PRM berpendapat bahawa langkah pegawai DBKL di Pasar Borong Selayang itu telah membelakangkan slogan perdana menteri Najib Razak iaitu “rakyat didahulukan ” dan “ mengurangkan kes samun jalanan 20 % ”.

langkah susahkan pengguna

Menurut aduan yang diterima PRM, sebab musabab langkah menutup pintu tidak diketahui.

Akan tetapi, langkah tersebut telah menimbulkan banyak masalah dan kesusahan kepada pengguna. Orang ramai gelisah dan geram kerana sekarang pengguna mesti hendak berpusing jauh mengguna pintu besar untuk ke bank-bank, kedai makan dan kedai-kedai lain yang berada di luar pagar pasar borong, perbuatan ini membuang masa dan tenaga.

Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah kini keadaan keselamatan amat cemas, setiap hari berlakunya kes-kes samun dan rompak bunuh. Berpusing jauh mengguna pintu besar pasar borong ke bank-bank, kedai makan dan sebagainya hanya meningkatkan perasaan tidak selamat , seterusnya menaikkan peluang pengguna disamun.

Pada hal, semasa pasar borong itu dibina, pintu-pintu tersebut telah dibina untuk memudahkan pengguna yang menggunakan pasar itu. Sebaik saja pengguna keluar dari pasar ialah bank-bank, kedai-kedai makan dan sebagainya, orang ramai berlalu-lalang, keadaan begitu selamat dan memudahkan.

ada udang di se balik batu?

Oleh itu, pengguna mengesyaki langkah tersebut ada udang di sebalik batu, serta mempunyai bau penyalahgunaan kuasa. Apakah pihak berkenaan tidak tahu-mengetahui akan fungsi sebenar pintu-pintu kecil yang dibina itu semasa pasar borong mula-mula dibuat?

Oleh itu, PRM menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik bersungguh-sungguh mengambil-berat akan masalah-masalah tertimbul yang akan meninggalkan kesan negatif dan kegelisahan terhadap keselamatan harian rakyat negara ini serta kesusahpayahan kehidupan mereka. Dalam kes pasar borong Selayang ini, tindakan hendak diambil segera untuk menyelesaikannya, tindakan dikenakan terhadap pegawai yang sewenang-wenangnya mengimposekan langkah yang menyusahkan rakyat serta memastikan perbuatan sedemikian tidak akan berulang lagi. Apatah lagi langkah-langkah itu telah bertentangan dengan slogan perdana menteri bahawa “Rakyat didahulukan” dan “Samun jalanan dikurangkan sebanyak 20 %”.

Yang benar, 11-08-09

Koh Swe Yong
012-2766551

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia

No comments: