Tuesday, August 25, 2009

Henti rampasan kuasa tumpu pada ekonomi

sokong PAS di Permatang Pasir

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyokong calon PAS Ustaz Salleh Man dalam PRK Permatang Pasir melawan calon UMNO-BN dan menyeru pengundi menolak UMNO-BN kerana kerajaan UMNO-BN ini bukan sahaja tidak mendahulukan kepentingan rakyat sepertimana yang diuar-uarkan, bahkan asyik merancang merampas kuasa pemerintahan daripada Pakatan Rakyat (PR) dengan taktik yang memuakkan dan menjijikkan.

apa kata Najib semasa wujud pilihan raya kecil Penanti

Semasa berlaku PRK Penanti, UMNO-BN tidak meletakkan calon kononnya hendak menumpu perhatian pada ekonomi negara yang kian lanjut kian tenat, tetapi perkembangan seterusnya cukup jelas menunjukkan cakap-cakap rejim UMNO-BN hanya cakap kosong dan lebih merupakan jimik propaganda politik.

gila kuasa kerana kemewahan

Oleh sebab taasub akan kuasa pemerintahan yang dilucutkan oleh pengundi pada 8 Mac 2008 dan hilang bersamanya segala kemewahan luar biasa yang dinikmati, berlakulah macam-macam kekecohan dan kacau-bilau di negeri yang diperintah PR khususnya di Selangor.

Kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock dan penyiasatan SPRM terhadap ADUN PR Selangor dan pembantu mereka. RM2 ribu diguna membeli bendera disiasat, manakala mahligai 20 juta Khir Toyo tidak bermasalah, seakan-akan ADUN BN semua bersih walaupun seluruh dunia mengetahui mereka mempunyai harta bernilai berjuta-juta ringgit tidak lama kemudian menjadi YB.

kekurangan barangan harian dan harga melambung naik

Kesudahnya, masyarakat kini kekurangan gula, tepung, dan barang keperluan harian yang lain, harga barangan melambung naik, rakyat menderita kerana kena mencari-cari bahan kehidupan harian yang asas ini. Jenayah jalanan mencapai tahap yang mencemaskan, selesema H1N1 berleluasa. Ini menimbulkan kegelisahan dan keadaan yang menakutkan rakyat. Masyarakat kita langsung tidak selamat lagi.

demi masa depan rakyat sokong PAS

Oleh itu, PRM menyeru pengundi Permatang Pasir supaya demi kebajikan rakyat dan masa depan rakyat diri sendiri, memberikan sokong penuh kepada calon PAS dan menolak BN sebagai isyarat kepada kepimpinan BN supaya menghentikan segala langkah kotor dan tamak, mencuba merampas kuasa pemerintahan daripada PR serta bertumpukan sumber dan tenaga pada penyelesaian masalah ekonomi yang kian lama kian tenat dan menderitakan rakyat jelata.

Yang benar,

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551
21-08-09

No comments: