Saturday, June 13, 2009

PRM akan tanding dalam PRK Penanti

24-04-09

Kepada pengarang yang dihormati,

PRM akan tanding dalam PRK Penanti

Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti nanti.

Biro Politik Parti Rakyat Malaysia dalam mesyuarat baru-baru ini telah meneliti perkembagan politik tanahair selepas PRU ke-12 dan muktahir, organisasi parti serta calon yang akan dikemukakan dalam PRK Penanti.

PRM berkesimpulan bahawa PRK Penanti adalah satu pilihan raya kecil biasa, penyertaan PRM dalam PRK Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955 oleh pejuang-pejuang kemerdekaan iaitu Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin dan Haji Ishak Mohamad (Pak Sako) di negara ini.

Keputusan Biro Politik PRM ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pusat PRM yang dibuat sebaik sahaja pimpinan baru mengambil-alih kepimpinan PRM setelah pucuk pimpinan lama beramai-ramai meninggalkan PRM dan memasuki parti lain.

Ketetapan PRM ialah PRM akan menyertai semua bahagian pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil akan datang.

Yang benar,



(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor

No comments: