Saturday, June 13, 2009

Kenyataan Presiden PRM 2007-2008

HARGA MINYAK NAIK AKIBAT DUIT PETRONAS HABIS DIBOROSKAN KERAJAAN BN - PRM

Posted by Super Admin
Sunday, 08 June 2008

(Harakah) - Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bermula 5 Jun lalu disifatkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai kenaikan yang melampau.

Presiden PRM, Hassan Karim berkata, kenaikan itu dibuat secara mendadak dan sekali gus akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan menengah.

Rakyat kini menghadapi masalah ekonomi yang besar akibat amalan pemerintahan Barisan Nasional yang buruk, membazir serta rasuah selama lebih 50 tahun, kata Hassan.

"Mulai 1 Julai tahun ini harga tarif elektrik pula akan naik. Apabila harga minyak naik, harga elektrik naik maka harga barang makanan, keperluan harian, pengangkutan semuanya akan turut naik," katanya.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah menyatakan bahawa kenaikan kos pengeluaran akibat kenaikan harga minyak dan elektrik akan ditanggung akhirnya oleh para pengguna, kata Hassan.

"Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini.

"Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.

Namun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Dengan pengumuman CEO Petronas tersebut PRM ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Hassan.

"Puratanya sebanyak RM10 bilion, Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi?" soalnya.

PRM percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara.

"Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga," katanya.

COMMENTS (5)
...
written by Kerajaan Rakyat, June 08, 2008 | 11:20:25
Rakyat Malaysia mesti dengan apa cara sekalipun dimaklumkan bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 billion itu dibelanjakan.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan negara agar terus menuntut pentadbiran yang telus.

Hasil negara telah dirompak dengan rakusnya oleh Abdullah Badawi dan keluarganya, tetapi pemimpin UMNO masih mendiamkan diri kerana mereka sama-sama menikmati hasil rompakan tersebut.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, bangsa dan rakyat yang hanya menuruti dan membiarkan kezaliman dilakukan terhadap kita adalah bangsa yang dayus dan manusia dayus tidak akan mencium bau Syurga.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
report abuse
vote down
vote up
Votes: +13
...
written by Sribayu, June 08, 2008 | 11:49:27
Petronas is allowed to make tons of money and BN claims that the sale proceeds are being channeled back to the government to finance so called Projek Pembangunan Rakyat.

Unlike KLCC, Formula One, orchestra, Masjid Crystal please name any project benefited to the rakyat which is ever financed by Petronas so far.

In M’sia money and corruption are ruining the land, crooked politicians betray the working man, pocketing the profits and treating us like sheep, and we're tired of hearing all these nonsense.

Enough is enough. Take my word Rakyat will reject BN 100% in the next general election.

BN - Weather forecast for tonight: dark
report abuse
vote down
vote up
Votes: +10
...
written by Rohani Hitam, June 08, 2008 | 12:41:53
Duit Petronas itu macam piggy bank TDM. Bila AAB ambil alih, dia tak lengah2 lagi terus celupkan tangan dia ka-dalam kekayaan negara yang di-punyai raayat itu.

Sekarang kantung negara kita dah pupus dan kering kuntang. Untuk terus meranapkan lagi duit petronas, AAB memperkenalkan penarikan subsidy yang melampau. Dia takut tak cukup duit untuk dia dan crony2-nya berbelanja pada masa yang sengkat dia jadi PM ini. Jadi langkah "tak popular" ini tak jadi consequent buat dia. Dah terdesak, masa pun singkat, 40% pun taapa, walaupun suatu kenaikan yang tak pernah di-alami mana2 negeri. Dia desperate. Raayat benci pun ta'apa. Masa dah singkat sangat. Kalau tidak sa sen pun tak dapat.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
...
written by laksa maner, June 08, 2008 | 13:49:54
Duit Petronas dibazirkan oleh F**kLah untuk membiayai beberapa projek mega dan gaji kakitangan kerajaan. Selepas kenaikan 30 sen yang lalu, kemudahan yang dijanjikan tidak ade perubahan. Akan tetapi, RapidKL memang ade perubahan kerana dicat semula dan nampak baru. RapidKL siapa punye yer??? Raja smuggler kat Tawau, Datuk Shafie Apdal still free from charge to court. Kerajaan telah mengumumkan bahawa dekat Tawau shj, lebih 3 juta liter sebulan dijual kepada rakyat Philipines.

Pembaziran memang berlaku. Keuntungan Petronas juga digunakan untuk menaikkan Maybank, MAS, TM, Proton dan sebagainya. Mengikut maklumat dalaman yang boleh dipercayai, sejak menjadi PM, F**KLah telah memilikki asset bernilai RM9 billion. Sekarang ini, semua keuntungan dijangkakan tak mencukupi, jadi kena ler guna kenaikan harga minyak dunia untuk menekan rakyat. F**KLah dan KJews ingat rakyat tak nampak.

Sebenarnya, kenaikan harga minyak ini lebih kepada menyumbang wang ringgit kpd poket F**KLah, UMNO dan BN. Tak lebih dari itu.

report abuse
vote down
vote up
Votes: +2
...
written by fusion38, June 08, 2008 | 14:22:27
bagi saya,kenaikan harga minyak petrol Malaysia memang berpatutan selari dg. kenaikan harga antarabangsa. Kalau tak ada subsidi, tak apa bagi saya. Asal kita rajin berusaha dg. cara halal,tuhan ak. tolong! Jadi di sini saya menyokong keputusan yg. dibuat oleh Pak Lah..

tetapi saya tak puas hati dg. cukai kereta yg. dikenakan oleh kerajaan.Saya berpendapat,kenaikan harga minyak harus diseimbangkan dg. permansuhan duti import selain kenaikan gaji pekerja.
kalau tidak,saya percaya ramai akan sokong PR nanti.

Cuba fikirkan.





KENYATAAN MEDIA PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)

KENAIKAN MELAMPAU HARGA MINYAK MEMBEBANKAN RAKYAT TERAMAT SANGAT

Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41% dan diesel 63% bermula 5hb. Jun 2008 amat melampau. Kenaikan itu dibuat secara mendadak dan sekaligus. Parti Rakyat Malaysia percaya kenaikan harga itu tentu sekali akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan menengah.

Rakyat Malaysia sekarang sedang menghadapi masalah ekonomi yang besar akibat amalan pemerintahan Barisan Nasional yang buruk, membazir serta rasuah selama lebih 50 tahun.

Mulai 1 Julai tahun ini harga tarif elektrik pula akan naik. Apabila harga minyak naik, harga elektrik naik maka harga barang makanan, keperluan harian, pengangkutan semuanya akan turut naik.

Hari ini Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah menyatakan bahawa kenaikan kos pengeluaran akibat kenaikan harga minyak dan elektrik akan ditanggung akhirnya oleh para pengguna.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5% pada bulan Jun ini. Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para analisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6%.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Parti Rakyat Malaysia ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional?

Puratanya sebanyak RM10 bilion Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi? Parti Rakyat Malaysia percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Mahathir hingga Abdullah untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara. Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga.

Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
6-JUN-2008



Batalkan JK bersama M'sia-S'pura
May 26, 08 2:16pm (Malaysiakini)

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan negara jiran itu minggu lepas.

Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama "berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Putih".

"Pengajaran yang perlu diambil kini ialah kerajaan Malaysia perlu membatalkan niat untuk membentuk jawatankuasa bersama peringkat menteri-menteri antara Malaysia dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama itu dalam pertemuan tidak rasmi dengan perdana menteri Singapura di Langkawi tahun lepas.

Susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Jumaat lepas, PRM juga mendesak kerajaan mengambil alih kuasa mentadbir rumah api di Pulau Pisang di perairan Selat Melaka dalam daerah Pontian, Johor.



KENYATAAN MEDIA PARTI RAKYAT MALAYSIA

KEPUTUSAN ICJ KE ATAS PULAU BATU PUTIH DAN KAITAN DENGAN ISKANDAR MALAYSIA SERTA PULAU PISANG DI PONTIAN, JOHOR

Parti Rakyat Malaysia (PRM) sedih dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan bahawa Pulau Batu Putih diserahkan kepada Singapura. Namun begitu PRM berasa syukur kerana kedaulatan Middle Rocks diserahkan kepada Malaysia.

Bagaimanapun keputusan ICJ itu patut dijadikan teladan dan pengajaran kepada kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang. Surat Pemangku Setiausaha Negeri Johor pada tahun 1853 telah digunakan oleh Singapura sebagai salah satu hujahannya bahawa kerajaan Johor telah melepaskan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Putih kepada Syarikat India Timur dan kemudian Inggeris dan akhirnya Singapura.

Pengajaran yang perlu diambil sekarang ialah kerajaan Malaysia perlu membatalkan niatnya untuk membentuk Jawatankuasa Bersama peringkat menteri-menteri antara Malaysia dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia (dulu disebut Wilayah Pembangunan Iskandar).

Apa rasionalnya Menteri Singapura terlibat dalam pembangunan Wilayah Malaysia sendiri? Jangan kesilapan Pemangku Setiausaha Johor pada tahun 1853 diulang oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor sekarang yang bertindak seakan-akan menyerah kedaulatan Malaysia kepada Singapura dalam pembangunan Iskandar Malaysia.

Selanjutnya PRM mendesak kerajaan mengambil alih kuasa mentadbir rumah api di Pulau Pisang, di perairan Selat Melaka dalam daerah Pontian, Johor dari pihak Singapura.

Tindakan Johor membenarkan Inggeris membina rumah api Horsburgh di Pulau Batu Putih berakhir dengan kedaulatan Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura.

PRM dalam alasan yang sama tidak mahu pada tahun-tahun kemudiannya Pulau Pisang jatuh ke tangan Singapura kerana kerajaan Johor dan Malaysia tidak buat apa-apa menuntut haknya sebaliknya berdiam diri, pasif dan lebih malangnya tidak bertanggungjawab ke atas kedaulatan wilayah sendiri.

PRM berpendapat sudah cukuplah kerajaan lama feudal Johor menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris dan kemudian kerajaan Perikatan (kini BN) di bawah Tunku Abdul Rahman menyerah Singapura kepada Lee Kuan Yew dan PAP pada tahun 1965.

PRM desak sebelum terlanjur dan tidak boleh ditarik balik supaya semua aspek pembangunan Iskandar Malaysia di selatan Johor dikaji semula dari segi kedaulatan Malaysia dalam jangka panjang.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mencadangkan ditubuhkan Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura di peringkat menteri dalam soal pembangunan Iskandar Malaysia dan lain-lain kemudahan Kastam dan Imigresen ke atas pelabur Singapura dan asing di Iskandar Malaysia hasil dari satu pertemuan informal (retreat) antara Abdullah Badawi dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long di Pulau Langkawi lebih setahun lalu.

PRM mendesak semua aspek yang berhubung dengan kedaulatan negara tidak boleh diputuskan oleh Perdana Menteri seorang diri atau Kabinet secara kolektif tanpa terlebih dahulu dibahas di Parlimen Malaysia. Cukuplah Raja Johor (kerajaan feudal lama) menyerah Singapura (Temasik) kepada Inggeris dan kemudian keputusan seorang diri Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura kepada Lee Kuan Yew juga atas keputusan Tunku seorang diri.

PRM menuntut supaya institusi Parlimen diberi peranan yang lebih luas dan aktif untuk mempastikan keutuhan kedaulatan Wilayah Malaysia dijaga rapi.
Akhirnya PRM ingin penjelasan dari kerajaan iaitu sebelum kes kedaulatan Pulau Batu Putih dirujuk ke ICJ adakah kerajaan telah mendapat perkenan terlebih dahulu dari Sultan Johor, Dewan Undangan Negeri Johor dan Parlimen Malaysia?

Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
26-5-2008

Alamat:
Bilik 6, Aras 2,
Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839
H/P: 012-7931148
Email: hakarim2001@yahoo.com
Blog: http://hassankarim.blog.com




REFORMASI DI MALAYSIA: AGENDA YANG BELUM SELESAI
Oleh Hassan Karim

Pada bulan September 1998 ibu kota Kuala Lumpur digemparkan dengan jeritan reformasi oleh ribuan suara rakyat.

Berbagai pihak dan golongan bersatu untuk menuntut perubahan dan keadilan. Dalam banyak-banyak tuntutan itu satu darinya adalah dipersetujui hampir semua mereka iaitu menuntut Mahathir Mohamad turun dari jawatan Perdana Menteri.

Sepuluh tahun telah berlalu. Kini Mahathir bukan sahaja telah dijatuhkan oleh rakyat dari tampuk kuasanya tetapi pada hari rencana ini ditulis Mahathir telah keluar dari UMNO – jentera politik yang dikudanya lebih dua dekad untuk memusnahkan struktur-struktur penting sistem demokrasi di negara ini.

Banyak juga yang telah dicapai sepanjang 10 tahun ini. Namun begitu, walaupun Mahathir telah turun tetapi BN dan UMNO masih berkuasa di peringkat pusat dan di 8 buah kerajaan negeri.

Demokrasi mula berkembang apabila BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan ia tidak ada lagi kuasa hendak meminda perlembagaan sesuka hati. Tetapi dengan simple majority yang ada padanya BN masih berdegil tidak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan lain-lain undang-undang yang menindas suara rakyat.

Satu perkara positif yang memberasangkan sekarang ialah dasar politik luas yang bersifat pelbagai kaum yang berteraskan kepada keadilan sosial mula mengambil tempat dalam pentas politik arus perdana. Tetapi politik sempit menggunakan kad perkauman masih cuba diapi-apikan oleh parti-parti komponen BN khusunya UMNO.

Kita perlu mengakui bahawa Agenda Reformasi yang lantang disuarakan 10 tahun lalu masih belum selesai. Ia telah mecapai beberapa kejayaan tetapi belum merubah sistem yang ada yang telah ditegakkan selama lebih 50 tahun.

Tiada pilihan lain bahawa Kerajaan BN perlu ditumbangkan jika reformasi hendak dilaksanakan. Abdullah Ahmad Badawi dan UMNO perlu mengambil laluan seperti Habibe dan Golkar di Indonesia selepas Suharto jatuh.

Dalam hal ini bagaimana BN, Abdullah Ahmad Badawi dan UMNO hendak ditumbangkan? Ini persoalan pertama perlu dijawab.

Kemudian siapa yang boleh menggantikan BN? Apakah Pakatan Rakyat (gabungan Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP) telah bersedia untuk mengambil peranan sejarah ini? Apakah Pakatan Rakyat sekarang bersifat kerajaan dalam eksperimen? Ini persoalan kedua.

Dan persoalan akhirnya ialah peranan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin gerakan reformasi di Malaysia. Persoalannya sampai bila Anwar Ibrahim perlu dikenali sebagai pemimpin de facto parti-parti pembangkang.

Walaupun diakui perubahan personaliti atau tokoh peribadi tidak mencukupi untuk membawa reformasi di Malaysia ini, tetapi tidak dinafikan setiap tahap perjuangan memerlukan seorang tokoh kepimpinan.

Pada ketika ini tiada tokoh yang lebih layak membawa obor reformasi ini kecuali Anwar Ibrahim. Banyak orang dapat memaafkan Anwar tentang segala kelemahannya dan kegagalannya selama 16 tahun dia di dalam Kerajaan BN kerana Anwar telah membayarnya dengan berani apabila beliau sanggup terpenjara selama 6 tahun di bawah diktator Mahathir.

Walaubagaimanapun laluan Anwar untuk menjadi seperti Nelson Mandela yang berjaya merobohkan dasar Apartheid tidak begitu mudah. Masih ada golongan yang kurang selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak Mahathir – Mukhriz di Parlimen baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Penulis bersifat positif dan tidak prasangka terhadap Anwar. Tuduhan hanyalah tuduhan selagi ia tidak dibuktikan. Bagaimanapun jika Anwar dapat membersihkan dirinya dari persepsi negatif tentang hubungan rapatnya dengan elemen-elemen reaksioner di Amerika Syarikat dan dunia Barat maka Anwar boleh menjadi pemimpin de facto dan de jure di Malaysia ini dan beliau boleh terus memimpin perjuangan reformasi yang belum selesai.

Bolehkah Anwar bangun dan menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang tuduhan Mukhriz Mahathir di Parlimen itu?



PRM desak kerajaan dedahkan laporan suruhanjaya pita Lingam
Hassan Abdul Karim
Thu | May 15, 08 | 4:14:42 pm MYT

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendesak kerajaan supaya Laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan klip video VK Linggam didehkan kepada umum.

Adalah tidak wajar bagi kabinet membuat keputusan supaya laporan tersebut disembunyikan dari rakyat di dalan peti besi kabinet kerajaan.

Sekarang kita hidup dalam dunia yang mahukan ketelusan, kebenaran dan keadilan. Adalah bijak bagi kerajaan mendengar tuntutan banyak pihak yang mahukan laporan tersebut diumumkan kepada rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ke atas badan kehakiman Malaysia.

PRM seterusnya berpendapat tidak cukup sekadar laporan itu didedahkan umum tetapi selanjutnya kerajaan adalah wajar mengambil tindakan tegas termasuk meminta Peguam Negara mendakwa pihak-pihak yang ternyata melanggar pelbagai undang-undang dalam usaha mereka menjadi broker dan terlibat mengatur dan melobi perlantikan hakim-hakim yang ternyata bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


Kenyataan Media
Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
14 Mei 2008





KENYATAAN MEDIA

ISU SCORPENE DAN SUKHOI: PRM TIDAK PUAS HATI DENGAN PENJELASAN NAJIB DI PARLIMEN


Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak puas hati dengan penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 14-5-2008. Najib berkata bahawa kerajaan tidak pernah membayar komisyen kepada sesiapa berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene dan 18 jet pejuang Sukhoi.

Datuk Seri najib adalah pihak yang berkepentingan dalam isu pembelian kapal selam dan jet pejuang tersebut atas sifatnya selaku Menteri Petahanan.

Selain itu, Datuk Seri Najib secara peribadi dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda yang dikatakan sebagai penasihat Najib sebelum ini dan Razak Baginda dikatakan memiliki syarikat Perimekar Sdn Bhd dan kini beliau sedang menghadapi tuduhan di Mahkamah atas kes bunuh Altantuya Shaariibuu.

Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa bahawa Perimekar menerima komisyen sebanyak RM580.46 juta dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tersebut.

Justeru itu, PRM berpendapat penjelasan oleh Najib sendiri dalam hal ini sukar diterima rakyat. Sepatutnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih layak memberi penjelasan dalam soal ini kerana selain beliau mengetuai kerajaan, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan.

Perkara ini besar. Kerajaan membelanjakan RM4.5 bilion untuk membeli dua kapal selam Scorpene itu. Perbendaharaan dan Menteri Kewangan adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam soal pembayaran.

Jadi PRM ingin supaya Perdana Menteri sendiri menjawab di Parlimen tentang soal ini. Najib pihak yang ada kepentingan. Orang yang ada kepentingan tidak patut menjelaskan secara langsung atau tidak bahawa dia terlibat atau tidak terlibat. Penjelasan Najib tidak meyakinkan sesiapa.

Pada akhirnya PRM menyokong cadangan Ketua Pembangkang di Parlimen supaya satu Suruhanjaya Bebas dibentuk untuk menyiasat isu pemberian komisyen dalam urusan pembelian 2 kapal selam Scorpene dan 18 buah jet pejuang Sukhoi.

Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
15-5-2008

Alamat:
Bilik 6, Aras 2,
Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839
H/P: 012-7931148
Email: hakarim2001@yahoo.com
Blog: http://hassankarim.blog.com



KENYATAAN MEDIA

PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM): DESAK KERAJAAN DEDAHKAN LAPORAN SIASATAN VIDEO KLIP VK LINGGAM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendesak kerajaan supaya Laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan klip video VK Linggam didehkan kepada umum.

Adalah tidak wajar bagi kabinet membuat keputusan supaya laporan tersebut disembunyikan dari rakyat di dalan peti besi kabinet kerajaan.

Sekarang kita hidup dalam dunia yang mahukan ketelusan, kebenaran dan keadilan. Adalah bijak bagi kerajaan mendengar tuntutan banyak pihak yang mahukan laporan tersebut diumumkan kepada rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ke atas badan kehakiman Malaysia.

PRM seterusnya berpendapat tidak cukup sekadar laporan itu didedahkan umum tetapi selanjutnya kerajaan adalah wajar mengambil tindakan tegas termasuk meminta Peguam Negara mendakwa pihak-pihak yang ternyata melanggar pelbagai undang-undang dalam usaha mereka menjadi broker dan terlibat mengatur dan melobi perlantikan hakim-hakim yang ternyata bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
14-MEI-2008



KENYATAAN MEDIA

PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM): DESAK KERAJAAN SUPAYA SEGERA RAWAT
P. UTHAYAKUMAR DI IJN



Parti Rakyat Malaysia (PRM) memandang berat keadaan kesihatan P. Uthayakumar, Penasihat Undang-Undang Hindraf yang kini ditahan di Kem Kamunting Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PRM dimaklumkan bahawa P. Uthayakumar kini mengalami masalah sakit jantung. PRM mendesak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datoʼ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya segera membawa Uthayakumar ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur agar beliau mendapat rawatan yang baik.

Tindakan peri kemanusiaan dari Perdana Menteri amat perlu saat ini kerana rayuan kepada Menteri Dalam Negeri agar Uthayakumar segera dirawat di IJN telah tidak dipedulikan oleh menteri berkenaan.

PRM akan meletakkan Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datoʼ Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya keadaan kesihatan P. Uthayakumar semakin teruk atau berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas tahanan ISA itu.

Dalam hubungan ini PRM sekali lagi menegaskan pendiriannya selama ini agar ISA dimansuhkan dan seterusnya merayu P. Uthayakumar dan lain-lain tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat atau didakwa di Mahkamah terbuka.

Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
12-5-2008

Alamat:
Bilik 6, Aras 2,
Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839
H/P: 012-7931148
Email: hakarim2001@yahoo.com
Blog: http://hassankarim.blog.com









PRM: Lawan Karpal dengan hujah
May 10, 08 11:04am


Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa isu kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai Sultan Perak dan teks ucapan Yang di-Pertuan Agong perlu ditangani secara bijaksana.

Presidennya, Hassan Abdul Karim berkata, ia boleh dilakukan dengan tampil berhujah secara rasional, berdasarkan undang-undang dan fakta sejarah, bukannya menekan dan menutup mulut Karpal dengan membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

"Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Cepat atau lambat, Malaysia akan berdepan dengan isu-isu perundangan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal," katanya dalam satu kenyataan.

"Apa faedah yang Malaysia dapat sekiranya Karpal didakwa di bawah Akta Hasutan dan kemudiannya, jika didapati bersalah, dicampak ke penjara, sedangkan isu yang beliau bangkitkan tidak dijawab dan diberi penyelesaian?" soalnya.

Katanya, PRM berpendapat bahawa apa yang dibuat oleh Karpal dan cara ia dilakukan, tidak semestinya betul dan apa yang beliau cakap tidak semestinya benar.

"(Bagaimanapun), kita jangan takut membicarakan isu-isu yang Karpal luahkan dan kerana itu mahu segera mulut Karpal ditutup dengan ancaman Akta Hasutan.

"PRM percaya, sudah sampai masanya kita memikirkan dengan serius tentang keperluan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia," tambahnya.

Katanya, isu yang Karpal bangkitkan tentang apa yang berlaku antara Istana Perak dan menteri besarnya, berhubung pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) adalah isu perundangan membabitkan bidangkuasa kerajaan negeri dan Sultan.

Rujuk pada perlembagaan

"Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu dirujuk. Tidak cukup itu, amalan konvensyen perundangan yang digunapakai selama ini, juga perlu diteliti," kata Hassan.

Menurutnya, Karpal perlu diperingatkan bahawa negeri ini bukan negara demokrasi ala Amerika atau Perancis yang tidak beraja.

"Di Malaysia masih ada raja. Ada sembilan Raja-Raja Melayu di 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia. Raja-Raja itu juga ada kuasa-kuasa yang tersurat dan juga tersirat dalam Perlembagaan negeri masing-masing dan juga Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutuan adalah atas nama Kerajaan Yang di-Pertuan Agong, manakala kerajaan negeri Perak adalah atas nama Kerajaan Sultan Perak.

"Dalam hal ini, maka kritikan Karpal terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?" soalnya.

PRM, tegas Hassan, percaya bahawa pihak-pihak tertentu tidak wajar dengan cepat menuduh seseorang itu menghina Sultan.

"Jika tanpa niat jahat tetapi demi kepentingan umum, seseorang itu perlu mempersoalkan sesuatu tindakan Sultan dari segi perundangan, maka ia tidak patut dianggap menghasut atau menghina.

"Kita perlu ingat, dalam semangat demokrasi, kita rakyat Malaysia mahu maju ke depan membebaskan diri kita dari belenggu sistem feudalisme. PRM menghormati sistem kenegeraan Malaysia waktu ini yang bersifat dualisme iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Laporan polis

"Raja Berperlembagaan berbeza dengan sistem raja mutlak. Justeru itu, PRM membantah tindakan Umno dan pihak-pihak tertentu yang cuba menggunakan Akta Hasutan atau ISA untuk menakut-nakutkan rakyat supaya jangan menyentuh bidangkuasa istana," katanya.

Hassan berkata, PRM berpendapat, pihak-pihak seperti Umno yang mahu mempertahankan status quo yang ada sekarang, supaya jangan menghabiskan masa membuat laporan polis terhadap Karpal.

Sebaliknya, tegas beliau, mereka boleh menjawab hujah Karpal dengan mengingatkan pengerusi DAP itu bahawa Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Malaya, dulunya dipanggil Tanah Melayu.

"Selepas 1957, ia digelar Persekutuan Tanah Melayu. Fakta sejarah menunjukkan sembilan negeri di Semenanjung yang masih ada Sultan dan Raja, tidak pernah terjajah secara terus di bawah Inggeris atau Jepun atau Belanda ataupun Portugis.

"Sebab itulah Sultan dan Raja-Raja Melayu masih ada kuasa hingga sekarang dan diiktiraf serta diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Oleh itu, katanya, Karpal tidak boleh mencabut kuasa yang ada pada Sultan dan Raja kalau rakyat Melayu masih mahukan Sultan dan Raja mereka terus berkuasa seperti yang ada sekarang.

"Hujah Karpal Singh sebenarnya boleh dikalahkan di Mahkamah Perlembagaan (jika ada) atau dalam pentas pendebatan perundangan pada bila-bila masa.

"Tidak perlu Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menutup mulut pengerusi DAP itu yang kelihatannya agak celupar dan biadap pada sesetengah orang. Hadapilah isu yang Karpal timbulkan dengan berani," tegas Hassan.






KENYATAAN MEDIA PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)

JANGAN GUNAKAN AKTA HASUTAN UNTUK TUTUP MULUT KARPAL SINGH

Parti Rakyat Malaysia berpendapat isu kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP mengenai tindakan Sultan Perak dan teks ucapan Yang Dipertuan Agong perlu ditangani secara bijaksana iaitu kesediaan untuk tampil berhujah dengannya secara rasional berdasarkan undang-undang dan fakta sejarah, bukannya berusaha untuk menekan dan menutup mulut Karpal dengan membuat laporan polis supaya Pengerusi DAP itu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Cepat atau lambat, Malaysia akan berdepan dengan isu-isu perundangan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal Singh.

Apa faedah yang Malaysia dapat sekiranya Karpal Singh didakwa di bawah Akta Hasutan dan kemudiannya jika didapati bersalah dia dicampak ke penjara, sedangkan isu yang beliau bangkitkan tidak dijawab dan diberi penyelesaian?

Parti Rakyat Malaysia berpendapat apa yang dibuat oleh Karpal dan cara ia dilakukan tidak semestinya betul dan apa yang beliau cakap tidak semestinya benar.

Kita jangan jadi seperti orang pengecut takut membicarakan isu-isu yang Karpal luahkan dan kerana itu mahu segera mulut Karpal ditutup dengan ancaman Akta Hasutan.
Parti Rakyat Malaysia percaya sudah sampai masanya kita memikirkan dengan serius tentang keperluan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia.

Isu-isu yang Karpal bangkitkan tentang apa yang berlaku antara Istana Perak dengan Menteri Besar Perak berhubung pemecatan dan perlantikan semula Datuk Jamry Sury sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) adalah isu perundangan yang mengaitkan bidang kuasa kerajaan negeri dan Sultan. Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu dirujuk. Tidak cukup itu, amalan konvesi perundangan yang digunapakai selama ini juga perlu diteliti.

Karpal Singh perlu diperingatkan bahawa negeri ini bukan negara demokrasi ala Amerika Syarikat atau Perancis yang tidak beraja. Di Malaysia masih ada raja. Ada Sembilan Raja-Raja Melayu dalam persekutuan 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

Raja-Raja itu juga ada kuasa-kuasanya yang tersurat dan juga tersirat di dalam Perlembagaan negeri masing-masing dan juga Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan adalah atas nama Kerajaan Yang Dipertuan Agong manakala Kerajaan Negeri Perak adalah atas nama Kerajaan Sultan Perak.

Dalam hal ini maka kritikan Karpal Singh terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?

Parti Rakyat Malaysia percaya pihak-pihak tertentu tidak wajar dengan cepat menuduh seseorang itu menghina Sultan. Jika tanpa niat jahat tetapi demi kepentingan umum seseorang itu perlu mempersoalkan sesuatu tindakan Sultan dari segi perundangan, maka ia tidak patut dianggap menghasut atau menghina.

Kita perlu ingat di dalam semangat demokrasi, kita rakyat Malaysia mahu maju ke depan membebaskan diri kita dari belenggu sistem feudalisme.

Parti Rakyat Malaysia menghormati sistem kenegeraan Malaysia waktu ini yang bersifat dualisme iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan berbeza dengan sistem raja mutlak (absolute monarchy). Justeru itu, Parti Rakyat Malaysia membantah tindakan UMNO dan pihak-pihak tertentu yang cuba menggunakan Akta Hasutan atau ISA untuk menakut-nakutkan rakyat supaya jangan menyentuh bidang kuasa istana.

Parti Rakyat Malaysia berpendapat bahawa pihak-pihak seperti UMNO yang mahu mempertahankan status quo yang ada sekarang supaya jangan habiskan masa membuat laporan-laporan polis terhadap Karpal Singh.

Mereka boleh menjawab hujah-hujah Karpal Singh dengan mengingatkan Pengerusi DAP itu bahawa Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Malaya dulunya dipanggil Tanah Melayu. Selepas 1957, ia digelar Persekutuan Tanah Melayu. Fakta sejarah menunjukkan 9 negeri di Semenanjung yang masih ada Sultan dan Raja tidak pernah terjajah secara terus di bawah Inggeris atau Jepun atau Belanda ataupun Portugis.

Sebab itulah Sultan dan raja-Raja Melayu masih ada kuasa hingga sekarang dan diiktiraf serta diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Karpal Singh tidak boleh cabut kuasa yang ada pada Sultan dan Raja kalau rakyat Melayu masih mahukan Sultan dan Raja mereka terus berkuasa seperti yang ada sekarang.

Hujah-hujah Karpal Singh sebenarnya boleh dikalahkan di Mahkamah Perlembagaan (jika ada) atau dalam pentas pendebatan perundangan pada bila-bila masa. Tidak perlu Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menutup mulut Pengerusi DAP itu yang kelihatannya agak celupar dan biadap pada sesetengah orang. Hadapi isu yang Karpal Singh timbulkan dengan berani.

Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
9-Mei-2008

Alamat:
Bilik 6, Aras 2,
Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839
H/P: 012-7931148
Email: hakarim2001@yahoo.com
Blog: http://hassankarim.blog.com

COMMENTS (12)

Subscribe to this comment's feed
...
written by Richy, May 09, 2008 | 21:52:06
Honestly speaking, before gunning down Karpal, recall back events unfolded a month plus ago. Almost the entire UMNO, its' leaders went against in their comments on royals, not one but two; the Terengganu sultan @ present Agung and Perlis Raja. Both ex-MBs of the concerned states issued statements after statements supported by other state leaders. The PM too and even the AG tried to interfere in Agung's decision. They were disrespecting the sultans. Their statements were obviously seditious against Rukun Negara principles.

Should the oppositions and NGOs were to make a similar police report on these people what will the AG do? If he decides to take action against Karpal, he should then do the same to the UMNO leaders and others, will he do that? I hope the opposition makes a similar report to see how the AG handles this case. Perhaps the opposition also waiting for the AG to act on Karpal, to reciprocate. It would be another interesting thing to see the AG shoots his own foot.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +25
...
written by hanzz, May 09, 2008 | 21:58:20
hmmmm...sebelum kita cakap apa-apa pasal encik karpal singh, ingatkah kita pada kisah kekalahan Gerakan di Penang; Tsu Koon TAMPIL ke HADAPAN mengaku kekalahan & bertanggungjawab.....masihkah kita ingat pada kontroversi pemilihan MB Perak; Lim Kit Siang TAMPIL ke HADAPAN menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada Raja Muda Perak....dan sudah tentunya kita masih lagi ingat dengan isu pemilihan MB yang sangatlah berlarutan di Terengganu melibatkan ahli UMNO dan pihak Di Raja....dari kebanyakan ahli-ahli UMNO Terengganu hinggalah ke org No.2 dan No.1...hmmmmm hampas satu MAAF atau PENYESALAN pun TIADA diberikan berkenaan layanan dan kenyataan yang mereka lemparkan terhadap institusi ISTANA.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan bangsa sendiri, diludahnya oleh bangsa sendiri.

Apakah yang diwarwarkan oleh UMNO selama ini??? Elak Melayu dijajah kembali??? Kalau inilah yang berlaku....lebih baik dijajah pihak lain dari dijajah bangsa sendiri!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +21
...
written by Jack Hui, May 09, 2008 | 21:59:05
I think the stament BN make more worst "Binatang".....100x worst !!! Should BN get punishment or BN can do what ever they like!!!

Rakyat will remember....what BN did.....
report abuse
vote down
vote up
Votes: +13
...
written by The dragonheart, May 09, 2008 | 22:07:06
Orang UMNO in kalau selalu berjalan menogak langit, sudah pasti kaki tersepak najis...

Betul... Raja yang Adil Raja di sembah... Tapi kalau rakyat dan pembesar yang di payung oleh Tuanku sejak berzaman menghina dan menderhaka .. tak kan rakyat menumpangkasih yang tak berapa faham adat nak bertanya sapa hendak di pancung..

Sorong papan tarik papan, buah keranji di atas perahu, kenapa marah orang di depan, peragai buruk diri satu kampung dah tahu...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +10
...
written by Iskandar11, May 09, 2008 | 22:14:48
Here's the deal,
Karpal stated his opinion on what he perceives/ interprets the law and he also cited historical judgment. In my opinion not seditious at all but debatable (not whether it is seditious or not but whether his perception of the law is correct or not.

Amno on the other hand had 23 (can't remember the exact number) ADUN's sign a letter challenging the Agong to withdraw his chosen appointment for the MB of Terengganu. They submitted a letter, had meetings, came on TV, and made statements challenging the right of the Agong to select the MB. They threatened to the extent of claiming that they would quit their posts if the Agong did not heed their demands. The reaction of their supporters were incited by them and to prove this point, we can see that in a gathering that they had, a supporter was holding up a banner that insulted the Agong. Astaghfirullah. The acts of these goons is what i call seditious
report abuse
vote down
vote up
Votes: +18
...
written by chiongguo, May 09, 2008 | 22:36:38
Hassan is right in calling for discussion and his call for a constitutional court is also timely. In order to sit down and discuss the matter sincerely and rationally there must be basic maturity. None seems to be exhibited by those childish pranksters who went to make police reports with every drop of a pin.

If it was Abdullah himself who had directed that such a report be made then one has to ask if he was trying to divert attention from himself ? If so then his sincerity in reforming the system, todate which are nothing more than half-baked platitudes, should really be called into question.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
...
written by micon02, May 09, 2008 | 23:05:00
Ameno ba....nyak yang "munafik"
9 police reports against Karpal....madness
Karpal tidak menghina Sultan, cuma silap sedikit
Why Ameno make a BIG HOOHAA
Bunch of them not fit to be in the Parliament

Dear Karpal, please cool down

report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
...
written by johanssm, May 09, 2008 | 23:07:50
i will also questions the same thing as Karpal did.
In fact , all the people whom i knew off also asked the same thing.
Nothing is wrong with Karpal.The only wrong was Karpal should say it in a different way.
Karpal NEVER insulted any sultans at all.
Karpal only challenge the written law , not against the law.
but umno beruks said Karpal broke the ketuanan melayu law.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
...
written by malaysia devil, May 09, 2008 | 23:14:38
Malaysian citizens are at war against Malaysian Government
watch video at: http://www.malaysianindian1.blogspot.com/
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by micon02, May 09, 2008 | 23:16:40
johanssm

beruks aren't that bad if one compared to Ameno
Amenos are worst than the beruks, bcos beruks can't think
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by sarawakian, May 09, 2008 | 23:43:52
just two months after the election, the BN government is working hard to kill off the opposition with any and all means, legally or otherwise.

the Rakyat voted for a change is the political scenario and practices of the government. many hoped the BN would realise their folly and mutate to suit the current times. alas the BN seems bent on securing their position and silencing the critics. despite pledges by the PM of positive changes in many speeches delivered after the election, it seems to have gone from bad to worse. now the Lingam reports need his vetting before it *might* be released.

the bloggers have declared war against the government. in any war, there will be casualties. they will be remembered in history, regardless if they succeed or not. from the reactions of BN politicians thus far, the bloggers with their non-existent resources have managed to stir up the ruling government and all their devices (AG, PDRM etc). quite a feat indeed.

i'm not surprised the Royalty have been quiet so far. only a fool would not be able to see the double-standards practised by the government in handing out the Seditions Law.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by johanssm, May 10, 2008 | 00:20:11
Even in Thailand , they have the lese majeste law which protects the royalty, but the offender always gets the pardon from King Of Thailand.
Quote from King Bhumipol speech

"I can be criticised that sometimes I might be wrong, so that I will know I am wrong," he said in a speech for his birthday in 2005.

Sourced fom >>>http://www.breitbart.com/article.php?id=070329122727.dcptduzl&show_article=1
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0





KENYATAAN PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)

CADANGAN ATASI KENAIKAN HARGA DAN BEKALAN BERAS DI MALAYSIA


Parti Rakyat Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kenaikan harga beras dan juga kekurangan bekalannya di Malaysia. Cadangan-cadangan ini boleh dianggap sebagai tambahan atau pelengkap kepada beberapa langkah penting yang telah diambil oleh kerajaan baru-baru ini.

Parti Rakyat Malaysia percaya usaha untuk memperluaskan kawasan tanaman padi bagi
menambah bekalan beras di Malaysia adalah satu penyelesaian jangka panjang.
Dalam hal ini, Parti Rakyat Malaysia mencadangkan supaya kerajaan membentuk Bank Tanah untuk menjadi pembeli atau pemegang amanah bagi tanah-tanah terbiar. Langkah ini dapat menyelamakan petani-petani miskin dari menjual atau menggadai tanah mereka kerana terdesak. Tanah-tanah yang terbiar itu, mana yang sesuai bolehlah ditanam padi.

Selanjutnya, bagi mempastikan jaminan bekalan beras dan harganya yang terkawal maka Parti Rakyat Malaysia mencadangkan supaya sistem pasaran padi dan beras yang kini
dimonopoli oleh kapitalis besar supaya dirombak dan diganti dengan sistem
koperasi.

Rakyat Malaysia percaya adalah wajar untuk kita sekarang memperluas dan
memperkukuhkan sistem pasaran koperasi dalam sektor pertanian padi. Krisis
harga bahan makanan di dunia termasuk beras yang meningkat kebelakangan ini
disebabkan oleh banyak faktor. Tetapi tidak dinafikan kegagalan sistem
pemasaran kapitalisme yang didorong oleh sifat rakus dan tamak pedagang-pedagang
di peringkat global dan di dalam negara adalah satu punca utamanya.

Kerana itu perubahan ke arah pasaran koperasi patutlah bermula dalam sektor bekalan makanan di Malaysia. Ini adalah satu jalan penyelesaian jangka panjang.

Hassan bin Abdul Karim
Presiden PRM
08-5-2008

Alamat:
Bilik 6, Aras 2,
Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839
H/P: 012-7931148
Email: hakarim2001@yahoo.com
Blog: http://hassankarim.blog.com




人民黨:扼殺民主政治‧不鼓勵通過跳槽掌權
• 國內
2008-04-24 20:11

(吉隆坡)馬來西亞人民黨主席哈山卡林表示,通過跳槽政治以快速掌權的做法,不但違反民主,也會鼓勵政治貪污,最終將扼殺在第十二屆大選後剛剛要在我國萌芽和成長的民主政治。

他說,人民在第十二屆大選裡做了決定,給予國陣中央政府和8個州政府政權,另一方面讓反對黨在5個州執政。所以國陣應該在沒有任何不民主跳槽的干擾下掌管中央5年;人民黨也呼吁國陣不要干擾5個由人民聯盟執政的州政府。

抗議鼓勵議員跳槽

哈山今日(週四,24日)發表文告指出,一些人士急不及待,欲采取鼓勵跳槽行徑以快速掌權,並推翻一個具有合法性的政府,這將導致和平安寧的馬來西亞陷入災禍和動亂,就如發生在海地、尼日利亞、東帝文、索馬里等國家情形那樣。

“因此,人民黨抗議任何人士欲利用不合法和不道德的方法,即鼓勵國陣議員不論是半島或沙巴和砂拉越議員倒戈相向,跳槽到人民聯盟,以推翻國陣中央政府。”

他表示,人民也否決了國陣國會里的2/3多數議席,這意味著國會反對聲音將更加響亮和有作為,可以扮演制衡作用,對馬來西亞民主政治的演進,起著積極效果。

星洲日報‧2008.04.24





24-4-2008

致新闻采访主任

马来西亚人民党主席哈山卡林在一篇文告指出,通过跳槽政治以快速掌权的做法,不但违反民主,也会鼓励政治贪污,最终将扼杀在第12届大选后刚刚要在我国萌芽和成长的民主政治。

哈山认为,一些人士急不及待,欲采取鼓励跳槽行径以快速掌权,并推翻一个具有合法性的政府,这将导致和平和安宁的马来西亚陷入灾祸和动乱,就如发生在海地、尼日利亚、东帝文、索马里等国家情形那样。

因此,人民党抗议任何人士欲利用不合法和不道德的方法,即鼓励国阵议员不论是半岛或沙巴和砂劳越议员倒划相向,跳槽过去人民联盟,以推翻国阵中央政府。

人民党呼吁所有政党不论是执政党和反对党,尤其是某些人民联盟者尊重于2008年3月8日举行的第12届全国大选成绩。

在第12届大选里,人民已经作出决定,并给予国阵执政中央政府和8个州政府,另一方面给予反对党5个州的执政权。人民党认为,应该让国阵在没有任何的不民主的跳槽干扰下,在未来五年执政中央政府;人民党也呼吁国阵不要干扰5个由人民联盟执政的州政府。

与此同时,人民也否决了国阵国会里的2/3多数议席。人民党欢迎这次大选成绩。这意味着国会反对声音将更加响亮和有作为,可以扮演制衡作用,对马来西亚民主政治的演进,起着积极效果。

马来西亚人民党副主席



辜瑞荣
012-2766551

21B(F), Jalan SJ 6, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor
012-2766551/013-6302747



HORMAT KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-12

Posted by Raja Petra
Wednesday, 23 April 2008

Parti Rakyat membantah sebarang usaha yang ingin dilakukan oleh sesetengah pihak yang mahu menumbangkan Kerajaan BN yang memerintah diperingkat pusat sekarang dengan cara tidak sah.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru pihak-pihak tertentu di kalangan Parti Pembangkang, khasnya Pakatan Rakyat supaya menghormati keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) yang diadakan pada 8hb Mac 2008 lalu. Dalam PRU12, rakyat telah membuat keputusan iaitu Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk Kerajaan Pusat Malaysia di peringkat Nasional dan di lapan buah negeri di peringkat Negeri.

Keputusan PRU12 juga menunjukkan BN telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen. Parti Rakyat mengalu-alukan keputusan itu kerana ia bermakna suara pembangkang kini lebih lantang dan berkesan di Parlimen bagi memainkan peranan memeriksa dan mengimbangi (check and balance).

Bagi PRM, keputusan Pilihanraya Umum yang baru berlalu itu telah menghasilkan kesan yang positif kepada amalan demokrasi di Malaysia. Ia adalah keputusan yang dibuat oleh Rakyat Malaysia sendiri dan perlu dihormati oleh semua pihak, sama ada dikalangan BN ataupun Pakatan Rakyat dan parti-parti pembangkang lain.

Kerana itu, Parti Rakyat membantah sebarang usaha yang ingin dilakukan oleh sesetengah pihak yang mahu menumbangkan Kerajaan BN yang memerintah diperingkat pusat sekarang dengan cara tidak sah dan tidak beretika iaitu dengan cara menggalakan ahli-ahli Parlimen BN sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak berpaling tadah dengan melompat dari BN ke Pakatan Rakyat.

Keputusan PRU12 menunjukkan rakyat memberi mandat kepada BN terus berkuasa untuk 5 tahun akan datang sehingga Pilihanraya Umum Ke-13. Jadi Parti Rakyat berpendapat Kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir Kerajaan Pusat bagi 5 tahun lagi dengan aman dan tanpa diganggu-gugat secara yang tidak demokratis. Begitu juga Parti Rakyat menyeru BN tidak menganggu-gugat 5 buah Kerajaan diperingkat Negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Parti Rakyat percaya akan berlaku kacau bilau dan huru hara sekiranya Kerajaan BN yang sah sekarang yang dipilih rakyat melalui Pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat-melompat yang cuba diperkenalkan oleh sesetengah pihak dikalangan Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh Parti Politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat rakyat didalam Pilihanraya Umum yang dilakukan secara adil dan telus, bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang.

Parti Rakyat amat yakin amalan politik lompat-melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di negara ini selepas PRU12 itu.

Tidak dinafikan Parti-parti Pembangkang di dalam Pakatan Rakyat, malah Parti Rakyat juga sebagai Parti Pembangkang berhak untuk menyimpan hasrat untuk berkuasa dan menumbangkan BN dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Tetapi usaha ke arah itu mesti dibuat secara sah bersesuaian dengan amalan demokrasi melalui proses pilihanraya yang bersih, adil dan telus.

Langkah sesetengah pihak yang seperti tidak sabar-sabar untuk berkuasa hatta sanggup menggunakan sistem pancing memancing sehingga ada ahli-ahli Parlimen yang tergamak lompat-melompat dan berakhir sebuah kerajaan yang sah tumbang hanya akan menjemput malapetaka berlaku di Malaysia dan akhirnya boleh menjadikan negara kita yang aman dan damai sekarang berubah menjadi seperti apa yang berlaku di sesetengah negara seperti Haiti, Nigeria, Timor Leste, Somalia dan banyak lagi.

Hassan Bin Abdul Karim
Presiden Parti Rakyat

COMMENTS (9)
Subscribe to this comment's feed
...
written by FFT, April 23, 2008 | 16:53:51
PRM?

Isn't this the Kerbau logo party that dissolved and joined Keadilan?
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
...
written by Robin Goodfellow, April 23, 2008 | 16:55:37
"...hanya akan menjemput malapetaka berlaku di Malaysia dan akhirnya boleh menjadikan negara kita yang aman dan damai sekarang berubah menjadi seperti apa yang berlaku di sesetengah negara seperti Haiti, Nigeria, Timor Leste, Somalia dan banyak lagi."

Kalau ya pun, semuanya semestinya tidak lain dan tidak lagi ANGKARA UMNO!

Lompat Si Katak Lompat
Lompat Masuk Pakatan
Cepatlah Rajawali Cepat
Gempur UMNO siang hari!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
...
written by confuseus, April 23, 2008 | 17:32:33
"Parti Rakyat percaya akan berlaku kacau bilau dan huru hara sekiranya Kerajaan BN yang sah sekarang yang dipilih rakyat melalui Pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat-melompat yang cuba diperkenalkan oleh sesetengah pihak dikalangan Pakatan Rakyat."

Tahniah, PRM.
Kami di www.citizenthinktank.com juga mengiktiraf kenyataan ini.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -5
...
written by LACOBRA, April 23, 2008 | 17:33:04
How to respect? So much discrepancies in the recent Elections. Voters given the runaround from one location to another. Duplication of names. Voters above 100 years old etc.

http://lacobra1810.blogspot.com
report abuse
vote down
vote up
Votes: +6
...
written by karpi77, April 23, 2008 | 17:41:28
luahan hati kroni yang khuatir akan tersungkur di pintu bangunan parlimen kelak
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
...
written by fireduck, April 23, 2008 | 18:56:14
This is a valid point and should be given due consideration. I have to agree that we, i.e. the Rakyat should not encourage party-hopping as the traffic flow can go both ways. What we should strive for, and take the chance with, is for those who want to party-hop to resign and force a by-election in that respective constituency. Then only can we give the rakyat another chance to truly express their wish. Never know, if they still want BN to rep them they will vote for the new BN candidate. But if they start to see the good of a fresh change of govt., then they will cast their vote for the Pakatan.

Only then can we say that the Pakatan Rakyat truly represents the wishes of the people. Otherwise, we will have to wait till PRU13.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -3
...
written by zanie, April 23, 2008 | 20:31:38
Then you would rather see those ISA children live yet another three years without their fathers to support them? You rather wait BN government to further rob the people by awarding contracts to cronies and inflated cost so that they benefit millions and use the money to strengthen UMNO and BN? You want the police force to remain under the influence of the underworld kingpin like BK Tan and Tengku Goh? I would rather not! I say go for it, let the froggies jump if that's the only way we can save Malaysia. We want a good governance and that's priority!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +2
...
written by taxi90, April 23, 2008 | 21:24:41
I would have agreed with the author PROVIDED the election results were FREE and FAIR. But they were not. Not only that, 52% of the people of Peninsular Malaysia did NOT want UMNO anymore. Yes, despite the unfair election. But 52%of vote translates into 47% of seats in Peninsular due to gerrymandering.
So in conclusion, PR have actually won the election. They are now justified in taking what is theirs in the first place.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by miwaki, April 23, 2008 | 22:34:56
Kalau ada katak nak lompat,takkan PR tak nak terima ? Hello Katak katak,kamu nal lompat dak ?








KENYATAAN AKHBAR PRM

oleh

Hassan Bin Abdul Karim
Presiden Parti Rakyat Malaysia

Bertarikh 23hb April 2008


Hormati keputusan Rakyat

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru pihak-pihak tertentu di kalangan parti pembangkang, khasnya Pakatan Rakyat supaya menghormati keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) yang diadakan pada 8hb. Mac 2008 lalu.

Dalam PRU12, Rakyat telah membuat keputusan iaitu Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pusat Malaysia di peringkat nasional dan di lapan buah negeri di peringkat negeri.

Hilang majority 2/3

Keputusan PRU12 juga menunjukkan BN telah hilang majorit 2/3 di Parlimen. Parti Rakyat mengalu-alukan keputusan itu kerana ia bermakna suara pembangkang kini lebih lantang dan berkesan diparlimen bagi memainkan peranan memeriksa dan mengimbangi (check and balance).

Bagi PRM, keputusan pilihanraya umum yang baru berlalu itu telah menghasilkan kesan yang positif kepada amalan demokrasi di Malaysia.

Ia adalah keputusan yang dibuat oleh Rakyat Malaysia sendiri dan perlu dihormati oleh semua pihak, sama ada di kalangan BN ataupun Pakatan Rakyat dan parti-parti pembangkang lain.

PRM bantah cara tidak sahdan etika

Kerana itu, Parti Rakyat membantah sebarang usaha yang ingin dilakukan oleh sesetengah pihak yang mahu menumbangkan kerajaan BN yang memerintah di peringkat pusat sekarang dengan cara tidak sah dan tidak beretika iaitu dengan cara menggalakkan ahli-ahli Parlimen BN sama ada di Semenanjung
mahupun di Sabah dan Sarawak berpaling tadah dengan melompat dari BN ke Pakatan Rakyat.


Kacau bilau akan berlaku

Keputusan PRU12 menunjukkan Rakyat memberi mandate kepada BN terus berkuasa untuk 5 tahun akan datang sehingga pilihanaraya umum ke-13. Jadi PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi 5 tahun lagi dengan aman dan tanpa diganggu-gugat secara yang tidak demokratis. Begitu juga PRM menyeru BN tidak mengganggu-gugat 5 buah kerajaan di peringkat negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Parti Rakyat percaya akan berlaku kacau bilau dan huru-hara sekiranya kerajaan BN yang sah sekarang yang dipilih Rakyat melalui pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat melompat yang cuba diperkenalkan oleh sesetengah pihak di kalangan Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat Rakyat di dalam pilihanraya umum yang dilakukan secara adil dan telus, bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang.

Politik lompat-melompat bercanggah amalan demokrasi

PRM amat yakin amalan politik lompat melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakkan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di Negara ini selepas PRU12 itu.

Tidak dinafikan parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat, malah Parti Rakyat juga sebagai parti pembangkang berhak untuk menyimpan hasrat untuk berkuasa dan menumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Tetapi usaha ke arah itu mesti dibuat secara yang sah bersesuaian dengan amalan demokrasi melalui proses pilihanraya yang bersih, adil dan telus.

Langkah sesetengah pihak yang seperti tidak sabar-sabar untuk berkuasa hatta sanggup menggunakan sistem pancing memancing sehingga ada ahli-ahli parlimen yang tergamak lompat melompat dan berakhir sebuah kerajaan yang sah tumbang hanya akan menjemput malapetaka berlaku di Malaysia dan akhirnya boleh menjadikan Negara kita yang aman dan damai sekarang berubah menjadi seperti apa yang berlaku di sesetengah Negara seperti di Haiti, Nigeria, Timor Leste, Somalia dan banyak lagi.


21B(F), Jalan SJ 6, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor
012-2766551/013-6302747


Parti Rakyat bantah Pakatan Rakyat
Apr 23, 08 4:29pm

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah usaha beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti diuar-uarkan, khususnya oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

"PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa
diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

"Begitu juga PRM menyeru BN tidak mengganggu-gugat lima buah kerajaan di peringkat negeri yang kini diperintah oleh
Pakatan Rakyat."

Hassan berkata partinya percaya kacau-bilau dan huru-hara boleh terjadi jika kerajaan BN yang sah sekarang pilihan rakyat melalui pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat-melompat.

"Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat..., bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang," tambahnya dalam satu kenyataan.

"PRM amat yakin amalan politik lompat-melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakkan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di negara ini."






Jumaat 18 Januari 2008 | 9 Muharam 1429 Hijrah

Pilihan raya umum: PRM akan tanding dua parlimen, tiga Dun
Nyza Ayob
Thu | Jan 17, 08 | 5:00:33 pm MYT

SELAYANG, 17 Jan (Hrkh) - Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang dan mengharapkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Keputusan tersebut diumumkan Presiden PRM, Hassan Karim dalam sidang media di Bilik Gerakan PRM, di sini hari ini . Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden, Koh Swe Yong , Setiausaha Agung, S.K Song dan Timbalan Setiausaha Agung, Mohd Salleh Ahmad.

Jelas Hassan, PRM telah membuat keputusan akan bertanding di dua kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri. Kawasan Parlimen yang telah ditentukan ialah Parlimen Selayang dan Johor Bharu. Manakala bagi Dewan Undangan Negeri yang dipersetujui ialah Setulang, Johor Jaya dan Permas Jaya.

Bagaimanapun jelas Hassan, sungguhpun berada dalam posisi pembangkang, PRM tidak termasuk dalam Barisan Alternatif (BA).

Sehubungan itu beliau mengharapkan agar parti pembangkang lain seperti DAP, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS memberi laluan kepada parti tersebut untuk bertanding di kawasan yang telah diputuskan pihaknya agar tidak berlaku pertindihan serta pertandingan tiga penjuru.

"Kami berharap masalah tiga penjuru tidak akan berlaku dan hanya menentang BN satu lawan satu. Kami bertanding ibarat 'ukur baju di badan sendiri' dan tidak banyak kawasan yang kami akan bertanding. Oleh kerana kami tidak di dalam BA, kami tidak diberi kesempatan untuk sama-sama berunding menentukan kawasan. Keputusan yang kami buat ini 'uniletral'.

"Pada pilihan raya umum akan datang, strategi parti pembangkang masih berusaha menafikan Barisan Nasional dengan kemenangan majoriti 2/3 di Parlimen. Parti pembangkang pada peringkat ini masih meletakkan sasaran mereka ke tahap menguatkan suara pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Dan PRM masih dengan 'stand' yang sama untuk melawan BN," jelasnya.

Tegas Hassan, pihaknya mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih awal kawasan yang bertanding bagi mengelak tuduhan bahawa PRM sengaja mengganggu pembangkang yang lain.

Dalam sidang media tersebut, Hassan turut mengumumkan Koh Swe Yong yang bertanding pada pilihan raya 2004 bagi Parlimen Selayang akan mencuba nasib sekali lagi di kawasan parlimen yang sama pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun beliau enggan mengumumkan calon yang akan bertanding di Parlimen Johor Bharu dan tiga kawasan Dun yang telah ditentukan walaupun senarai calon telah diperolehi.

Selain itu katanya, jika Pilihan raya 2004 Koh bertanding atas logo dan simbol KeADILan, pada pilihan raya akan datang, calon PRM akan bertanding dengan logo dan simbol parti tersebut (simbol seladang).

Tambah Hassan sehingga kini pihaknya telah membuka bilik gerakan serta menggerakkan jentera pilihan raya kawasan-kawasan yang akan bertanding.

Sementara itu, menjawab persoalan bahawa terdapat kekeliruan serta tanggapan bahawa PRM telah dibubarkan selepas penggabungan parti itu dengan KeADILan, jelas Hassan, PRM tidak pernah dibubarkan dan status parti itu masih sah serta berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Katanya apa yang berlaku hanya beberapa bekas pimpinan PRM yang menyertai KeADILan manakala ahli-ahli lain ingin parti tersebut diteruskan.

"Usaha beberapa bekas kepimpinan yang ingin membubarkan parti ini ditentang dan semakan kehakiman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dan perbicaraan sepatutnya dijalankan Disember tahun lepas tetapi ditangguhkan kerana masih terdapat fail afadavit tambahan,"katanya.

Tambahnya, PRM yang telah ditubuhkan 52 tahun masih tetap wujud dengan dianggotai kira-kira 30,000 ahli. - mks.





To: Forum Rakyat
Cc: hassan karim
Sent: Monday, December 17, 2007 9:52 AM
Subject: [forum-rakyat] Kertas Perbincangan Forum Sosialisme

APA YANG TINGGAL GERAKAN KIRI DI MALAYSIA
SELEPAS KEJATUHAN TEMBOK BERLIN - 1989


Oleh Hassan Karim

Tajuk perbincangan ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:-

Pertama: Apakah itu Gerakan Kiri? Pertanyaan ini perlu dijawab dalam konteks masyarakat Malaysia, bukannya masyarakat Barat atau Eropah. Apakah gerakan kiri bermaksud hanya kepada mereka yang berpegang kepada ideologi sosialis sahaja?

Kalau itu ukurannya hanya Parti Sosialis Malaysia (PSM) sahaja yang tinggal sebagai parti kiri di Malaysia sekarang.

Apakah Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang telah menggugurkan sosialisme sebagai ideologinya pada tahun 1990 layak dianggap sebagai parti kiri?

PRM yang ditubuhkan pada tahun 1955 hingga sekarang pada asasnya adalah sebuah parti nasionalis progresif. Adakah gerakan nasionalis progresif boleh dianggap gerakan kiri?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang mempunyai cita-cita perjuangan yang jauh lebih progresif dan demokratik berbanding perlembagaan asal Parti Keadilan Nasional (PKN). Bolehkah PKR sebuah parti berwajah populist dan memperjuangkan cita-cita untuk menegakkan keadilan sosial untuk semua rakyat juga dianggap sebuah gerakan kiri?

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan perjuangan anti-penjajah yang bermula dari Hisbul-Muslimin, sebuah parti politik Islam yang radikal. Kini, PAS aktif memperjuangkan demokrasi, hak asasi, kebebasan kehakiman dan
pilihanraya bersih. Parti PAS yang pernah dipimpin oleh tokoh kiri Dr. Burhanuddin
Helmi - satu ketika dulu, kini ia disokong dengan luas oleh rakyat bawahan
Melayu-Islam yang inginkan keadilan sosial dan ekonomi. Bolehkah PAS yang progresif
dianggap sebuah parti kiri?

Adakah Democratic Action Party (DAP) juga sebuah parti kiri?

DAP ada sayap pemudanya yang digelar Pemuda Sosialis DAP (DAP Socialist Youth). DAP juga pernah menjadi anggota Socialist International,

Perlu disoal juga adakah gerakan kiri hanya terbatas kepada mereka yang berada di luar Barisan Nasional. Dalam erti kata parti-parti pembangkang sahaja.

Jika jawapannya “Ya”, tidakkah definisi “Gerakan Kiri” itu sempit?

Dalam UMNO dulu dan UMNO sekarang ada orang-orang kiri (sekiranya individu-individu berkenaan boleh dianggap kiri). Tokoh-tokoh kiri dalam UMNO sekitar lewat tahun 70-an pernah menjadi pemimpin kerajaan sebagai Timbalan Menteri. Begitu juga dalam UMNO sekarang ada tokoh tertentu yang rapat dengan Kelab Sosialis Universiti Malaya pada satu waktu dulu kini jadi Timbalan Menteri. Adakah dalam UMNO dulu dan sekarang ada saki-baki orang kiri?

Di dalam UMNO, MCA, Gerakan dan lain-lain parti Komponen BN dulu dan sekarang terdapat individu-individu yang berfikiran progresif. Jika mereka boleh dianggap sebagai mewakili gerakan kiri yang lebih luas, ini bermakna ada peranan orang kiri di dalam kerajaan yang kini berkuasa.

Kedua: Apakah relevan mengaitkan kejatuhan Tembok Berlin - 1989 dengan gerakan kiri di Malaysia? Tajuk perbincangan ini memberi gambaran bukan sahaja pesimistik tetapi silap sama sekali.

Gerakan kiri di Malaysia sepatutnya tidak bergantung dengan blok sosialis mana-mana sama ada blok Soviet atau China.

Saya tidak boleh menjawab bagi pihak lain, tetapi akan menjawab bagi pihak PRM. PRM tidak ditubuhkan atas arahan Comintern. PRM tidak ada kaitan dengan Blok Soviet atau Blok China. PRM tiada kaitan dengan Tembok Berlin. PRM ditubuhkan oleh nasionalis-nasionalis progresif antara lainnya oleh tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Hj. Muhammad untuk memperjuangkan kemerdekaan tanahair dari belenggu penjajah Inggeris.

Jatuh bangun PRM ditentukan oleh rakyat Malaya atau Malaysia kini. Jika pengaruh dan kekuatan PRM merosot ia tidak ada kaitan dengan keruntuhan Tembok Berlin.

Perbincangan dalam PRM untuk menggugurkan sosialisme sebagai ideologi bermula sejak tahun 1986, iaitu tiga tahun sebelum Tembok Berlin runtuh.

Usaha untuk menggugurkan sosialisme agar PRM kembali kepada perjuangan asalnya yang bersifat nasionalis progresif adalah hasil dari pengalaman nyata dalam tempoh 20 tahun (1970-1990) di mana rakyat Malaysia khususnya Melayu yang menjadi penduduk majoriti negeri ini menolak ideologi sosialisme apatah lagi sosialisme saintifik yang
dibawa oleh PSRM (Parti Sosialis Rakyat Malaysia).

PRM kembali kepada nama dan garis politik asalnya pada tahun 1990. perubahan itu tiada kaitan dengan keruntuhan Tembok Berlin.

Apakah yang perlu dibanggakan dengan Tembok Berlin di Jerman itu. Tidakkah Tembok Berlin itu semacam symbol paling nyata kezaliman rejim diktator Honicker yang menekan kebebasan rakyat Jerman Timur waktu itu?

Tidakkah Tembok Berlin itu diruntuhkan oleh rakyat Jerman sendiri yang mahukan kebebasan?

Tidakkah kebebasan itu fitrah manusia dan Tembok Berlin berlawanan dengan fitrah manusia?
Adalah silap bagi sesiapa cuba mengaitkan Tembok Berlin dengan gerakan kiri di Malaysia. Gerakan kiri mungkin gagal di Malaysia tetapi ia bukan kerana faktor luar seperti keruntuhan Blok Sosialis di Soviet dan Eropah Timur yang dilambangkan secara metafora sebagai keruntuhan Tembok Berlin.

Gerakan kiri gagal di Malaysia mungkin kerana ideologi sosialisme tidak difahami rakyat dan lebih teruk lagi kerana ideologi itu disalahertikan oleh rakyat Malaysia.

Ketiga: Apa yang tinggal Gerakan kiri di Malaysia?

Jika perkataan tinggal itu bermakna saki-baki yang masih ada yang merujuk kepada parti politik atau organisasi kiri maka saki-baki gerakan kiri yang tinggal itu bergantung kepada sama ada definisi “kiri” itu ditafsir secara luas atau sempit.

Jika ditafsir secara luas maka gerakan kiri di Malaysia sekarang ini masih ada dan tersebar luas meliputi pertubuhan dan individu di kalangan parti pembangkang dan pemerintah, termasuk penulis, wartawan, seniman, intelektual serta golongan profesional seperti peguam, pensyarah universiti dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja.

Jika “kiri” ditafsir secara sempit maka yang tinggal sebagai gerakan kiri hanyalah orang-orang sosialis dan mungkin parti sosialis sahaja.

Sebaliknya jika perkataan tinggal dalam tajuk perbincangan bermaksud legasi (legacy) atau warisan, jawapannya mungkin positif.

Tun Dr. Ismail bin Abd. Rahman, bekas Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1974 semasa menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, dalam ucapannya menyatakan bahawa golongan kiri di Malaysia ada peranan dan sumbangannya dalam perjuangan kemerdekaan tanahair. Ini pengakuan rasmi. Ia membawa makna gerakan kiri ada jasanya dalam memerdekakan Malaysia. Kemerdekaan negara sudah 50 tahun. Malaysia kekal merdeka walau Tembok Berlin runtuh. Jadi
kemerdekaan tanahair adalah satu tinggalan penting perjuangan gerakan kiri di
Malaysia.

Selain itu, dasar luar Malaysia sejak tahun 1970 hingga sekarang yang relatifnya bersifat bebas, neutral, aktif dan progresif adalah hasil sumbangan tokoh kiri dalam kerajaan serta
tekanan dan desakan gerakan kiri di luar pemerintahan yang saling melengkapkan.

Dari segi ekonomi pula, dasar ekonomi negara sejak tahun 1970-an yang menekankan kepada usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum adalah satu pendekatan progresif yang diperjuangkan oleh gerakan kiri sebelum Merdeka sehingga sekarang. Dasar itu telah diterima oleh pemerintah. Ia satu kejayaan golongan kiri.

Kesimpulan:

Gerakan kiri di Malaysia masih belum berjaya menjadi alternatif kepada kerajaan kanan BN yang telah berkuasa selama 50 tahun sejak Merdeka. Belum berjaya tidak bererti telah gagal.

Tetapi jika “kiri” hanya merujuk kepada sosialis maka gerakan kiri ternyata telah gagal. Tetapi jika “kiri’ diberi makna dan tafsiran yang lebih luas, maka gerakan kiri masih belum gagal.

Pengertian yang lebih luas lebih wajar dan positif dipakai bagi tafsiran apakah itu “Gerakan Kiri”. Jika ini dipersetujui maka orang kiri dan organisasi kiri tidak wajar mengaku kalah. Masa depan gerakan kiri adalah cerah sebenarnya kerana golongan ini sering bertindak sebagai katalis (catalyst) dalam penubuhan masyarakat.

Masalah yang dihadapi Malaysia sekarang dalam bidang ekonomi, politik dan sosial boleh diatasi dengan pendekatan bukan perkauman yang berasaskan kepada prinsip keadilan sosial untuk semua, pengagihan kekayaan negara yang lebih adil dan kuasa
dikembalikan kepada rakyat melalui proses demokrasi yang tulen. Dasar perjuangan seperti ini adalah terletak pada bahu gerakan kiri. Ini adalah tugas sejarah yang perlu dipikul oleh golongan yang kiri.

Kertas perbincangan ini dibentangkan dalam Forum Sosialisme 2007 bertema: Politik Kiri - Dulu dan Sekarang anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan pada 16hb. Disember 2007 di Kajang, Selangor.

Hassan Karim boleh dihubungi di alamat di Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (012-7931148) Fax: 07-6882369 Email: hakarim2001@yahoo.com


.

__,_._,___







PRM bimbang dengan gendang perang BN

Hassan Karim
Mon | Dec 10, 07 | 9:13:45 am MYT

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan polis untuk menekan suara rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan hak asasi manusia untuk bergerak dan berhimpun secara aman.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

PRM kesal dan memandang serius akan tindakan polis menahan antaranya lima orang peguam iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya, N. Surendran, Amir Hamzah dan Edmund Bon serta Mohamad Sabu Naib Presiden PAS dan Tian Chua Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat pada hari Ahad 9 haribulan Disember.

PRM mendesak semua mereka dibebaskan segera. Kerajaan BN dan polis perlu menghormati hak rakyat untuk bersuara, menyatakan pendapat, berhimpun dan bergerak secara aman.
PRM amat bimbang dengan gendang perang yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin BN, media yang mereka kuasai dan suku sakatnya yang mendesak supaya kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang dituduh terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan awam pada 10 November dan 25 November yang lalu.

Bersempena Hari Hak Asasi Sedunia pada hari ini 10 Disember, PRM menyeru kerajaan supaya mengambil langkah-langkah proaktif dari segi undang-undang termasuk perlu dibuat pindaan undang-undang supaya membolehkan perhimpunan awam secara aman dapat diadakan dan dikendalikan secara teratur bagi merealisasikan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

* Hassan Karim ialah Presiden PRM


PRM Statement

Stop Police from Harassing the People

Parti Rakyat Malaysia (PRM) strongly condemns the arrestment of opposition leaders and social activists by police today at the Parliament in Kuala Lumpur.

PRM believes that members of public have the right to protest the attempt by the Barisan Nasional Government to amend the federal Constitution just for the sake
to allow the present Chairman of Election Commission to continue his post.

PRM urges the government to stop the police from harassing the people who want to exercise their democratic right to fight for free, fair and just election.

Hassan Karim

President of PRM

This Statement issued by President of PRM at
the address Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor. Tel:
07-6881839 (012-7931148) Fax: 07-6882369 Email: hakarim2001@yahoo.com



Kenyataan PRM:

Hentikan Polis dari Memerangi Rakyat

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah dengan keras penangkapan pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis-aktivis sosial oleh Polis pada hari ini di Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

PRM percaya anggota masyarakat mempunyai hak untuk membantah percubaan Kerajaan Barisan Nasional hendak meminda Perlembagaan Persekutuan hanya kerana mahu membenarkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang ada sekarang terus memegang jawatannya.

PRM mendesak supaya kerajaan segera memberhentikan tindakan Polis yang sedang memerangi rakyat yang mahu melaksanakan hak-hak demokratik mereka untuk memperjuangkan sistem pilihanraya yang bebas, telus dan adil di negara ini.

Hassan Karim
Presiden PRM
11hb. Disember 2007

Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Presiden PRM yang beralamat di Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor. Tel: 07-6881839 (012-7931148) Faks: 07-6882369 Email: hakarim2001@yahoo.com
KENYATAAN PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)


TENTANG PENANGKAPAN PEGUAM,
AKTIVIS SOSIAL DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG


PRM membantah tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan polis untuk menekan suara rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang bebas dan hak asasi manusia untuk bergerak dan berhimpun secara aman.

PRM kesal dan memandang serius akan tindakan polis menahan antaranya lima orang peguam iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya, N. Surendran, Amir Hamzah dan Edmund Bon serta Mohamad Sabu Naib Presiden PAS dan Tian Chua Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat pada hari Ahad 9 haribulan Disember.

PRM mendesak semua mereka dibebaskan segera. Kerajaan BN dan Polis perlu menghormati hak rakyat untuk bersuara, menyatakan pendapat, berhimpun dan bergerak secara aman.

PRM amat bimbang dengan gendang perang yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin BN, media yang mereka kuasai dan suku sakatnya yang mendesak supaya kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang dituduh terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan awam pada 10 November dan 25 November yang lalu.

Bersempena Hari Hak Asasi Sedunia pada hari ini 10 Disember, PRM menyeru kerajaan supaya mengambil langkah-langkah proaktif dari segi undang-undang termasuk perlu dibuat pindaan undang-undang supaya membolehkan perhimpunan awam secara aman dapat diadakan dan dikendalikan secara teratur bagi merealisasikan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

Yang benar

Hassan Karim

Presiden PRM

10hb Disember 2007

Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Presiden
PRM yang beralamat di Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000
Pontian, Johor. Tel: 07-6881839 (012-7931148) Fax: 07-6882369 Email: hakarim2001@yahoo.com








拟定国家政策,全面解决印裔社经问题

人民党对兴都权益行动委员会2007年11月25日吉隆坡集会的看法和建议。


马来西亚人民党主席哈山卡林律师文告

马来西亚人民党中央委员会于2007年12月1日假吉隆坡举行的中央会议,针对兴都权益行动委员会集会作出以下决议:

首先,人民党捍卫联邦宪法保障下,个人和团体举办和平集会和发表言论的权利。

第二,人民党遗憾,警方拒绝发出准证给兴都权益行动委员会的申请,在11月25日星期天举办和平集会,以呈交备忘录给英国驻吉隆坡最高专员署。

第三,人民党认为,兴都权益行动委员会集会当天出现的混乱和暴力场面,根源就出在警方对集会者采取强硬和粗暴行动,因此而引起的。警方在吉隆坡四处设立路障、向和平集会发射催泪弹和喷射水炮。在11月25日集会举行前的一个星期,印裔人民被一些警方人员的行动好象当罪犯对待。一些印裔人士的手机被剥夺以检查机内的短讯内容。

人民生活问题多多

第四,人民党认为,国阵政府必须承认,现在马来西亚各族的下层人民生活存在很多问题,如收入低微、食物和日常必需品的价钱不断上升、以及许多其他社经问题。印裔社会不能幸免,甚至非常严重,需要政府的关注。国阵政府需要承认,长久以来,国阵政府对印裔下层社会的援助不够。

第五,国阵大吹大擂的华巫印权力分享,其实是马来人、华人和印度人社群精英之间的政治和经济权力的分享,而各族下层人民继续生活在困苦和边缘里。我们可以从马来西亚10位最富有人士排名榜上看到,马来西亚的亿万富翁有华人、印度人和马来人,但是受困苦生活煎熬的是数以百万计的下层马来人、华人、印度人、卡达山人、依班人、杜顺人、姆鲁人和原住民等。

被边沿化印裔怒吼

第六,纵观我国独立后历史,甚少发生印度族群展开规模庞大的公开示威。因此,印度国大党、国阵和政府长久以来不认真对待印裔同胞,因为认为印度人是国阵政府的忠实支持者。但是,于11月25日星期天在吉隆坡发生的事件重重打了印度国大党和国阵一巴掌,自然让他们看到,他们已经不能为普通印度族群人民带来公正。

第七,独立后,国阵的发展政策或许成功制造国家财富和经济成长,但是从 另个外角度,却不能公正和均衡进行分配国家财富。在下层印裔族群当中,被边沿化和被忽略的感受非常普遍。就是这些印裔青年人走上街头,11月25日在吉隆坡公路上游行。他们勇敢发出心声,难道就需要谴责他们?用内安法令和监禁威胁他们?用警棍棒打他们?用催泪弹和化学喷剂射击他们?

这是否公正,勇敢发出心声的人们被部长以卑鄙的言词称作罪犯?马来西亚是一个警察国或是一个尊重人民言论自由和人权的民主国家?

国阵政策精英阶层得益

第八,印度族群的醒觉,标志国阵作为维护所有种族的种族性政党联合体所实行的政策已经失败。国阵政策只成功使到各个种族里的一小撮上层阶级得到安逸和奢华的生活。然而,不分民族和宗教的下层阶级还是生活在贫穷、苦难和匮乏中。

人民必须团结

第九,人民党呼吁其他各族人民,尤其是马来人和华人,需要同情并和印度同胞团结一致。印度族群下层人民的正义斗争是合法的和非种族性斗争。正因此,所有民族的各个阶层人民必须支持他们的斗争。

第十,人民党呼吁兴都权益行动委员会领导人以及我国其他争取印度族群权益的团体,了解一个现实状况,既是不应该孤立和排他地维护印度族群下层阶级的命运,要与其他民族的下层阶级并肩斗争,以免被视为狭隘的种族主义斗争,他们的命运与印裔的下层阶级命运相差不远,需要相似的维护。

不是种族课题

第十一,政府领袖尤其是巫统者,必须公正、理性、和负责任,而不是随心所欲地谴责兴都权益行动委员会集会是种族主义的,甚至制造一种印象,好象这个国家的印度人已起来,反对以马来人组成的巫统所领导的国阵政府。首相兼公安部长需要阻止,避免把兴都权益行动委员会集会提出的课题转化为种族课题。

政府领袖包括首相本人或者任何人,都有权利批评兴都权益行动委员会提出的某些课题,如果这些课题不中肯、具诽谤因素、没有事实根据等的话。

国阵政府必须以国家问题解决

但是人民党相信,兴都权益行动委员会提出的诉求,其中基本课题是合时宜的,是事实的、是非常迫切的,政府需要立刻关注和解决的。因此人民党相信,如果首相和政府勇敢面对这些课题,并加于解决,是积极的步骤。用内安法令和煽动法令威胁兴都权益行动委员会领导者是负面行动。

第十二,人民党谦逊地认为,为了这个我们热爱的国家,假如所有有关方面,尤其是政府寻找一个全方位的解决方法,解决我国印裔族群面对的问题,是对国家有好处的。普通印裔族群大众的落后、贫穷和不满情绪不是种族课题,是人民的问题,我们的一部分问题。事实上,是我们社会课题。

人民党相信,印度社群面对的社经课题是国家课题,需要一个国家政策才可全面解决,交由一个特别小组处理,如首相最近建议,交给印度国大党的方法,不能解决问题。已超过50年了,印度国大党事实已经彻底失败,无法维护印裔人民的利益。

(吉隆坡,7-12-2007)





KENYATAAN PRM TENTANG PERHIMPUNAN HINDRAF
PADA 25 NOVEMBER 2007 DI KUALA LUMPUR

Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bermesyuarat pada 1hb Disember 2007 di Kuala Lumpur mengambil ketetapan berikut berhubung Perhimpunan Hindu Rights Action Force (Hindraf) pada 25 November 2007 di Kuala Lumpur:-

Pertama: PRM mempertahankan hak individu dan pertubuhan untuk berhimpun dan bersuara secara aman iaitu hak yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedua: PRM kesal dengan tindakan polis enggan memberi permit kepada Hindraf yang memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan aman pada 25 November lalu bagi menyerahkan satu memorandum ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

Ketiga: PRM berpendapat kekecohan dan keganasan yang timbul ekoran dari perhimpunan Hindraf itu adalah berpunca dari tindakan keras dan kasar polis ke atas peserta perhimpunan tersebut dengan mengadakan sekatan jalan raya yang meluas di ibu kota, penggunaan gas pemedih mata dan meriam air ke atas perhimpunan aman. Hampir seminggu sebelum perhimpunan 25 November itu diadakan, masyarakat India telah dilayan sebagai penjenayah oleh sesetengah pihak polis. Telefon bimbit sesetengah daripada mereka dirampas untuk diperiksa kandungan pesanan ringkas (SMS) di dalamnya.

Keempat: PRM berpendapat Kerajaan BN perlu mengakui bahawa kehidupan rakyat bawahan dari semua kaum di Malaysia kini menghadapi banyak masalah seperti pendapatan kecil, harga barangan makanan dan keperluan harian semakin meningkat serta banyak masalah sosio-ekonomi lainnya. Masyarakat kaum India tidak terkecuali dalam hal ini malah ia amat serius dan perlu perhatian kerajaan. Kerajaan BN perlu mengaku ia tidak melakukan secukupnya untuk membantu masyarakat rakyat bawahan kaum India selama ini.

Kelima: Perkongsian kuasa Melayu-Cina-India yang digembar-gembur oleh BN adalah perkongsian kuasa politik dan ekonomi elit Melayu, Cina dan India. Manakala rakyat kelas bawahan dari semua kaum terus hidup dalam kesusahan dan terpinggir. Kita boleh lihat 10 manusia terkaya di Malaysia terdiri dari billionaire Cina, India dan Melayu tetapi yang melarat terhimpit hidup terdiri dari jutaan rakyat bawahan Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dusun, Murut, Orang Asli dan lain-lain.

Keenam: Dari perspektif sejarah perlu dilihat bahawa sejak Merdeka jarang berlaku tunjuk perasaan secara terbuka dan besar-besaran di kalangan kaum India di negara ini. Oleh kerana itu MIC, BN dan kerajaan selama ini mengambil sikap mudah kerana menganggap kaum India sentiasa menyokong Kerajaan BN. Tetapi dengan apa yang berlaku pada Ahad 25 November lalu di Ibukota adalah satu tamparan, maka wajar bagi MIC dan BN membuka mata bahawa mereka telah gagal membawa keadilan kepada rakyat biasa kaum India.

Ketujuh: Dasar pembangunan BN sejak Merdeka mungkin telah berjaya menghasilkan kekayaan negara dan pertumbuhan ekonomi tetapi ia di segi yang lain gagal di dalam melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan merata. Rasa terpinggir dan terabai di kalangan rakyat bawahan kaum India amat meluas. Anak-anak muda dari kaum India ini yang tampil berarak di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur pada 25 November lalu. Apakah mereka yang berani bersuara ini perlu disalahkan, diugut dengan penjara dan ISA dan dipukul dengan cotar dan belantan serta ditembak dengan gas pemedih mata serta dipancut dengan air kimia?

Adakah adil kemudian mereka yang berani bersuara itu digelar dengan hina sebagai penyangak oleh seorang Menteri Kabinet? Apakah Malaysia sebuah negara polis atau sebuah negara demokrasi yang menghormati suara rakyat dan hak asasi?

Kelapan: Kebangkitan rakyat kaum India adalah menunjukkan dasar BN sebagai gabungan parti pelbagai kaum yang kononnya membela rakyat semua kaum ternyata telah gagal. Dasar BN hanya berjaya mengwujudkan kesenangan dan kemewahan ke atas segelintir rakyat dalam kelas atasan dari pelbagai kaum manakala rakyat bawahan merentas kaum dan agama berterusan hidup di dalam keadaan kemiskinan, kesusahan dan serba kekurangan.

Kesembilan: PRM menyeru rakyat dari kaum-kaum lain khususnya Melayu dan Cina perlu bersimpati dan menghulurkan solidariti dengan rakyat kaum India di negeri ini. Perjuangan adil kaum India bawahan untuk mendapat keadilan adalah perjuangan yang sah dan bukannya bersifat perkauman. Justeru itu ia perlu disokong oleh rakyat semua kaum dari segenap lapisan.

Kesepuluh: Bagaimanapun PRM menyeru kepada para pemimpin Hindraf khususnya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang memperjuangkan kepentingan dan hak kaum India di negara ini supaya menyedari satu hakikat bahawa pembelaan terhadap nasib rakyat bawahan kaum India tidak wajar diperjuangkan secara berasingan dan eksklusif bagi mengelakkan ia dilihat sebagai perjuangan bersifat perkauman sempit tetapi sebaliknya hendaklah diperjuangkan bersama dengan rakyat bawahan kaum-kaum lain yang juga nasib mereka tidak jauh bezanya dengan kaum India dan memerlukan pembelaan serupa.

Kesebelas: Pemimpin-pemimpin kerajaan khusnya dikalangan Umno perlulah bersikap adil, rasional dan bertanggungjawab dengan tidak sewenang-wenang menuduh perhimpunan Hindraf bersifat perkauman sehingga mengwujudkan persepsi seolah-olah orang-orang India di negeri ini sedang bangun menentang kerajaan BN pimpinan Melayu Umno. Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri hendaklah membendung supaya isu berkaitan perhimpunan Hindraf ini tidak bertukar menjadi isu perkauman.
Pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk PM sendiri atau sesiapa sahaja berhak mengkritik isu-isu tertentu yang disuarakan oleh Hindraf jika terdapat isu-isu yang meleset, bersifat fitnah, tidak berasas dan sebagainya. Tetapi PRM percaya terdapat isu-isu pokok yang relevan, benar dan amat kritikal sifatnya yang perlu diberi perhatian segera kerajaan terdapat di dalam tuntutan Hindraf. Kerana itu PRM percaya adalah produktif jika Perdana Menteri dan kerajaan berani menghadapi isu-isu relevan itu secara berdepan dan berusaha mengatasinya dan bukannya mengambil langkah negatif dengan mengugut pemimpin-pemimpin Hindraf dengan Akta Hasutan atau ISA.

Ke duabelas: PRM dengan rasa rendah hati berpendapat bahawa untuk kebaikan negara Malaysia tercinta ini pada keseluruhannya maka adalah baik sekiranya semua pihak terutama kerajaan yang memerintah mencari jalan penyelesaian ke atas masalah yang dihadapi oleh kaum India di negara ini. Isu kemunduran, kemiskinan dan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat jelata kaum India bukanlah isu perkauman. Ia adalah isu rakyat kita; isu sebahagian daripada kita. Ia adalah sesungguhnya isu masyarakat kita.

PRM percaya isu sosio-ekonomi yang dihadapi oleh kaum India itu adalah isu nasional yang perlu diselesaikan secara menyeluruh oleh satu dasar nasional bukannya satu jawatankuasa ad-hoc seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri kepada MIC baru-baru ini. MIC selama lebih 50 tahun ini ternyata telah gagal dengan teruknya untuk membela kepentingan rakyat kaum India.

Sekian.


Hassan Karim
Presiden PRM dan
Bagi Pihak Jawatankuasa Pusat PRM

Kuala Lumpur, 1hb Disember 2007

Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Presiden PRM yang beralamat di Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor. Tel: 07-6881839 (012-7931148) Fax: 07-6882369 Email: hakarim2001@yahoo.com




11-11-2007

马来西亚人民党主席哈山卡林律师第52周年人民日献词

人民日重要日子

11月11日是马来西亚人民党的重要日子。52年前即1955年11月11日,马来西亚人民党在首都吉隆坡成立。当时,参与成立人民党的人物有阿末布斯达曼、布哈奴丁医生和依沙哈莫哈末即Pak Sako。布斯达曼被推举为人民党第一任主席。

今天2007年 11月11日人民党庆祝周年纪念日。这一天也称为人民日。经过52年,人民党仍然存在,继续为实现一个民主、进步、人民团结和公正社会而斗争。

人民党的士拉央中央办事处也趁着人民党第52周年纪念日这一天开幕。

和反对党磋商 避免三角战

由于全国大选越来越近,人民党已经开动竞选机器。人民党已经圈定几个选区,在未来的第12届大选派候选人参选。

人民党已经和其他反对党领袖举行过几次会议,并开诚布公表明人民党将会竞选的议席,避免反对党陷入三角战的局面。我们应该避免三角战。

由于人民党竞选的议席不多,而又是人民党党员以往参选国的地区,因此,我代表人民党,呼吁其他反对党在反对党团结的基础上让路给人民党。

否决国阵2/3多数席

人民党认为,反对党来届的实际竞选策略还是否决国阵的2/3多数国会议席。在这个阶段,反对党还是要把他们的目标放在加强反对党在国会和州议会的声音。

人民党相信,在当前上述目标是实际的。人民党会向着这个方努力,贡献人民党必须扮演的角色。

在即将举行的大选,反对党可以提出的课题很多,来唤醒人民,现在执政的国阵政府实在太腐败了。一个最大的课题是贪污。

反贪污主要课题

在贪污课题上,人民须要在来届大选是拒绝投票给国阵候选人。

从普通警员到全国警长总长已经被贪污指责涂污。负责警察部队的副部长也在贪污指责上被调查。被委托反贪污的全国反贪污局主任也在贪污指责上被调查。就如谚语所说:寄望篱笆,篱笆吃掉稻谷,即坚守自盗!

现在浮现司法贪污。一个资深律师和一位高级法官之间的电话对话短片丑闻由一个不中立但又称为中立的小组进行调查,事实上这也围绕在使人发呕的贪污课题上。

从上到下贪污

当今,一个令人感到恐怖的马来西亚司法体系状况是:人们的普遍感觉认为,今天在幸福的马来西亚,法官的升级不再是根据绩效或年资,也不是根据法官的才能和智力,而是由中间人的经纪在安排和规定法官人选的委任和升级。

在其他领域,贪污也冒出其丑陋的面目。最近,国家总稽查师揭露,大多数的政府部门和分局官员,在财务管理上有舞弊,是非常令人震惊和失望的。

贪污课题从下层的政府分局购买螺丝或购买电脑和数码相机,一直伸延到上层购买数以亿计的国家武装部队装配如潜水艇和苏凯战斗机。购买国防装配是否透明?国防部发生付款收据遗失的报导又怎么了?副首相兼国防部长有责任交代这起事件。

团结起来反贪污

人民党深信,反对党须要在反击贪污课题上团结一致。投票否决国阵才能清除马来西亚的贪污。国阵在来届大选时,面对贪污课题时必定处于守势。

自第二次世界大战后执政日本50年的自由民主党,在日本大选时倒台因为贪污。印度的印度国大党从印度获得独立开始执政超过50年倒台也是因为贪污。今天,执政马来西亚50年的国阵正显露出其丑恶和腐朽的面貌,贪污在所有国家行政部门和机构发生。

廉洁包装是政治花招

在面对四年前举行的第11届全国大选,首相向全国公告的清廉形象事实上是政治宣传花样。今天,大家看到的不是廉洁的政府行政,而是朋党主义和裙带风横行,发生在围绕在首相个人身边的一小撮人物包括孩子、女婿、近亲和亲密友人。

朋党主义和裙带风是贪污的具体表现。这个丑恶的贪污正投影在由首相阿都拉领导政府行政和政党上,就如马哈迪医生过去领导下的国阵政府,以贪污行为、朋党主义和裙带风名扬天下,最后导致马哈迪的下台。

人民党继续斗争

因此,趁着人民党庆祝创党第52周年,人民党领导层和党员要借这个下午的集会,明确地肯定我们的宣誓和承诺,继续人民党的政治斗争,为社会各个阶层人民实现一个不分种族和不分宗教的公正社会奋斗。

人民党相信,一个为人民大众并建立在公正基础上的政治、经济和社会政策,那就是一个非种族性质的国家政策是最好和最适合我国的方程式,在未来建立马来西亚国族,建立一个团结、繁荣和进步的马来西亚。

人民党相信,由狭隘种族主义政党联合组成的国阵是可以被一个进步的,且和人民党斗争基础平行的人民阵线打倒。

我们相信,人民党在这个正义斗争中会拥有许多同志和朋友互相支援。

人民党万岁!人民万岁!




PERUTUSAN HARI ULANGTAHUN PENUBUHAN

PARTI RAKYAT MALAYSIA

KE - 52

Tarikh 11 November adalah tarikh yang penting bagi Parti Rakyat Malaysia (PRM). 52 tahun yang lalu pada 11 November 1955 bertempat di Ibunegara Kuala Lumpur, PRM telah ditubuhkan. Antara tokoh yang terlibat dalam penubuhan PRM ketika itu ialah Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Hj Mohammad (Pak Sako). Ahmad Boestamam telah dipilih menjadi Ketua Umum PRM yang pertama.

Pada hari ini 11 November 2007 PRM menyambut hari ulangtahunnya yang juga dikenali sebagai HARI RAKYAT. Selepas 52 tahun ditubuhkan, kini PRM masih wujud sebagai sebuah parti politik yang meneruskan perjuangannya bagi menegakkan sebuah negara yang demokratik, progresif, rakyatnya bersatu dan masyarakatnya adil.

Pada hari ini bersempena ulangtahun PRM ke-52, Ibupejabat Pusat PRM di Selayang, Selangor akan dibuka dengan rasminya.

Memandangkan pilihanraya umum semakin hampir, kini, PRM juga telah menggerakkan jentera pilihanrayanya. Beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk PRM meletakkan calonnya dalam Pilihanraya Umum Ke-12 akan datang.

PRM telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin parti-parti pembangkang lain untuk memaklumkan kepada mereka secara terus terang tentang kawasan-kawasan yang PRM akan tandingi untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan saingan sesama parti-parti pembangkang. Satu hal yang patut dielakkan.

Memandangkan PRM tidak meletakkan calon yang ramai dan PRM bertanding memang di kawasan lazimnya ia meletakkan calonnya dalam pilihanraya sebelum ini, maka saya bagi pihak PRM berharap parti-parti pembangkang lain akan memberi laluan kepada PRM atas semangat setiakawan parti-parti pembangkang.

Secara praktiknya, PRM berpendapat pada pilihanraya umum akan datang strategi parti-parti pembangkang masih di tahap berusaha menafikan BN kemenangan majoriti 2/3 di Parlimen. Parti-parti pembangkang pada peringkat kini masih meletakkan sasaran mereka ke tahap menguatkan suara pembangkang di Parlimen dan juga di Dewan Undangan Negeri.

PRM percaya, sasaran tersebut adalah realistik pada ketika ini. PRM berusaha menyumbangkan peranannya ke arah itu.

Terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya pentadbiran BN yang memerintah sekarang. Satu isu yang paling besar ialah isu rasuah.

Rakyat perlu tolak calon-calon BN dalam pilihanraya umum nanti atas isu rasuah.

Daripada anggota polis biasa yang dipanggil konstable sehingga ke Ketua Polis Negara telah terpalit dengan tuduhan rasuah. Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Polis juga disiasat atas tuduhan rasuah. Ketua Pengarah BPR yang ditugaskan mencegah rasuah juga disiasat atas tuduhan rasuah. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Sekarang timbul isu rasuah dalam badan kehakiman. Skandal video-klip perbualan telefon anatara seorang peguam yang kononnya kanan dengan seorang Hakim yang kononnya kanan yang sedang disiasat oleh sebuah panel bebas yang tak bebas sebenarnya berlegar dalam satu kitaran isu rasuah yang amat jijik.

Amat mengerikan situasi badan kehakiman di Malaysia kini di mana terdapat persepsi umum yang meluas bahawa kenaikan pangkat seseorang hakim di bumi bertuah Malaysia ini waktu kini bukan atas sifat merit ataupun senioriti; bukan juga kerana kearifan dan kebijaksanaan tetapi kerana ada orang tengah yang jadi broker yang menyusun dan
mengatur kenaikan pangkat dan perlantikan hakim-hakim.

Dalam bidang yang lain pula gejala rasuah juga muncul menunjukkan wajah hodohnya. Pendedahan Laporan Akauntan Negara baru-baru ini tentang amalan curang dalam pengurusan wang kerajaan oleh pegawai-pegawai kerajaan hampir di kebanyakan jabatan dan kementerian amatlah memeranjatkan dan mengecewakan.

Dari isu rasuah dalam pembelian pemutar skrew atau pembelian komputer dan kamera digital di jabatan-jabatan kerajaan isu rasuah berpanjangan ke atas sehingga kepada urusan pembelian kelengkapan ketenteraan negara seperti kapal selam dan jet-jet pejuang Shukoi yang melibatkan wang ratusan dan ribuan juta ringgit. Apakah semuanya telus dalam urusan pembelian kelengkapan pertahanan negara itu? Bagaimana dengan laporan yang menyatakan berlaku kehilangan voucher pembayaran dalam rekod di KementerianPertahanan? Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pertahanan punya tanggungjawab menjelaskan hal tersebut.

PRM percaya parti-parti pembangkang perlu bersatu kali ini atas isu memerangi rasuah. Tolak BN untuk bersihkan Malaysia dari rasuah! BN tentu sekali defensif dalam menghadapi isu rasuah dalam pilihanraya kali ini.

Parti LDP yang memerintah Jepun selama 50 tahun selepas Perang Dunia Kedua tumbang dalam pilihanraya angkara isu rasuah. Begitu juga yang berlaku kepada Parti Kongres India yang telah berkuasa lebih 50 tahu sejak kemerdekaan tumbang satu ketika dahulu disebabkan isu rasuah. BN di Malaysia juga telah mencecah usia 50 tahun yang pada hari ini memperlihatkan wajahnya yang buruk dan usang akibat rasuah dalam semua
sektor dan institusi yang menjadi asas pentadbiraan sebuah negara.

Imej bersih Perdana Menteri yang dicanangkan ke seluruh negara empat tahun lalu semasa menghadapi pilihanraya umum ke-11 adalah satu gimik politik sebenarnya. Kini yang kelihatan bukannya pentadbiran yang bersih tetapi amalan kronisme dan nepotisme
yang berlingkar di kalangan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sama ada terdiri dari anak, menantu, saudara mara atau suku sakat terdekat.

Kronisme dan nepotisme itu adalah jelmaan rasuah. Dan jelmaan rasuah yang buruk itu sedang membayangi pentadbiran kerajaan dan parti politik yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi sama seperti pentadbiran BN di bawah Dr Mahathir Mohamad yang lalu yang terkenal dengan amalan buruk rasuah, kronisme dan juga nepotisme yang akhirnya telah membawa kejatuhan Mahathir sendiri.

Jadi bersempena sambutan hari ulangtahun PRM kali ke-52 ini, kami kepimpinan dan anggota PRM mengambil peluang dalam pertemuan pada petang ini untuk menegaskan ikrar dan janji kami untuk meneruskan perjuangan politik PRM bagi mengwujudkan sebuah masyarakat adil yang bagi semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

PRM percaya bahawa dasar politik, ekonomi serta sosial yang berasaskan keadilan untuk semua massa rakyat iaitu satu dasar negara yang bersifat tidak perkauman adalah formula terbaik dan sesuai bagi membina sebuah Bangsa Malaysia dan sebuah negara Malaysia bersatu, maju dan progresif pada masa hadapan.

PRM percaya BN yang terdiri dari gabungan parti-parti perkauman sempit dapat ditewaskan oleh satu fron rakyat yang progresif yang bergerak atas landasan yang selari dengan garis perjuangan PRM.

Kami percaya PRM mempunyai ramai kawan dan sahabat dalam perjuangan yang adil ini.

Selamat Menyambut Hari Rakyat.

Hidup PRM! Hidup Rakyat!

Yang benar,


Hassan Karim
(Presiden PRM)


11 November 2007











Kenyataan Media Presiden PRM

Sokong Perhimpunan 10 November di Kuala Lumpur


Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyokong perhimpunan rakyat pada 10hb November 2007 di Kuala Lumpur bagi menuntut reformasi terhadap Sistem Pilihanraya di Malaysia.

Tuntutan supaya pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan bersih, telus dan adil adalah bertepatan kerana negara ini akan mengadakan pilihanraya umum ke-12 dalam masa terdekat ini.

PRM berharap pihak keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi kerjasama bagi mempastikan kelancaran perhimpunan aman yang akan diadakan pada petang Sabtu 10hb November itu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihanraya yang bersih, telus dan adil adalah satu tindakan yang wajar dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti di Malaysia ini dan ia patut dibenarkan.

PRM bukan setakat menyokong perhimpunan rakyat pada 10hb November itu tetapi juga seterusnya menyeru ahli-ahli dan penyokong PRM di seluruh negara dan semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan yang cintakan keadilan dan demokrasi supaya beramai-ramai turut berhimpun pada 10hb November ini di Kuala Lumpur bagi menyuarakan desakan rakyat menuntut reformasi terhadap sistem pilihanraya di negara kita yang tercinta ini.


Yang benar,


Hassan Karim
Presiden PRM

H/P: 012-7931148

Email: hakarim2001@yahoo.com

7-11-2007






23/09: PRM tuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja
Category: General

Posted by: Raja Petra

KENYATAAN MEDIA PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)
Oleh Hassan Karim, Presiden PRM

Tiga minggu selepas Malaysia merayakan ulangtahun kemerdekaan kali ke-50 tahun, negara digegarkan oleh isu klip-video yang menunjukkan seorang peguam kanan sedang bercakap dengan seorang yang dikatakan hakim kanan berhubung perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim mahkamah Malaysia.

PRM berpendapat isu ini perlu ditangani dengan serius dan sungguh-sungguh kerana ia melibatkan badan kehakiman yang merupakan satu daripada tiga cabang utama kerajaan yang memerintah negara ini di bawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan media sebagai berkata bahawa Polis perlu menyiasat segera dakwaan kewujudan klip-video tersebut bagi menentukan sama ada klip- video berkenaan boleh dipercayai atau tidak. Perdana Menteri bagaimanapun menolak cadangan supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

PRM mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri supaya perkara klip-video itu disiasat. Penyiasatan terperinci, mendalam sehingga ke akar umbi adalah perlu bagi membongkar segala hal berkenaan klip-video itu adalah wajar dan perlu bagi mempastikan keadilan asasi dilaksanakan supaya mengelakkan tidak akan ada sesiapa yang teranianya atau dizalimi. Pihak-pihak yang didakwa terbabit dengan kontrovesi klip-video itu perlu dipanggil memberi keterangan serta membela diri mereka. Prosedur penyiasatan yang telus dan adil adalah perlu dilakukan.

Bagaimanapun dalam soal ini PRM berbeza pendapat dengan Perdana Menteri. PRM menuntut supaya penyiasatan dilakukan oleh badan penyiasat bebas iaitu sebuah suruhanjaya diraja. PRM tidak bersetuju tugas siasatan itu diserahkan kepada pihak polis seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.

PRM mempunyai kesangsian yang amat kuat kalau kes video-klip itu hanya disasat oleh pihak polis. Imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekarang berada pada tahap yang paling rendah. Kredibiliti dan integriti Ketua Polis Negara itu sendiri dipertikaikan sehingga disiasat oleh Peguam Negara atas dakwaan terlibat dengan rasuah. Malah PDRM itu sendiri sebagai sebuah institusi secara keseluruhannya telah dicadangkan oleh satu suruhanjaya diraja supaya dibaikpulih imejnya.

Jadi adalah untuk kebaikan kerajaan yang memerintah sekarang dan juga negara keseluruhannya supaya kes klip-video ini disiasat oleh sebuah badan yang berwibawa iaitu satu suruhanjaya diraja.

Perdana Menteri tentu dapat membezakan peranan badan penyiasat bebas seperti suruhanjaya diraja dengan Tribunal membicarakan hakim-hakim (jika perlu diadakan). PRM berpendapat adalah tidak tepat jika tuntutan pembentukan badan penyiasat suruhanjaya diraja ditolak awal-awal lagi oleh Perdana Menteri.

Sekiranya hasil siasatan suruhanjaya diraja mendapati kewujudan klip-video itu tidak benar dan kesahihan kandungannya dipertikaikan atau terdapat kecacatan atau ketulenannya meragukan maka barulah sebuah badan lain sepereti Tribunal Khas untuk membicarakan hakim-hakim tidak perlu ditubuhkan.

Begitu juga sebaliknya, jika suruhanjaya diraja mendapati kewujudan klip-video itu dan kandungannya sah dan tidak meragukan dan ia melibatkan hakim atau hakim-hakim, maka Perdana Menteri tiada pilihan lain melainkan menasihatkan Yang diPertuan Agong supaya satu Tribunal Khas ditubuhkan untuk membicarakan hakim atau hakim-hakim yang berkenaan. Kuasa bagi penubuhan Tribunal Khas ini ada diperuntukkan dengan jelasnya di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan munculnya isu klip-vodeo ini yang berkait dengan soal perlantikan dan juga kenaikan pangkat hakim-hakim, maka PRM merasakan sudah sampai masanya untuk dikaji semula peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa yang amat luas kepada Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim mahkamah di negara ini.

Dalam keadaan yang ada sekarang perlantikan hakim-hakim dan kenaikan pangkat mereka dicadangkan oleh Perdana Menteri kepada Yang diPertuan Agong selepas Perdana Menteri mengadakan konsultasi dengan Ketua Hakim Negara. Yang diPertuan Agong pula sebelum memberi perkenan diraja atas perlantikan tersebut secara konvesinya perlu membawa perkara tersebut kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebagai satu proses konsultasi.

Bagaimanapun pada analisis terakhirnya di segi undang-undang kuasa Perdana Menteri yang mengetuai badan eksekutif mengatasi kuasa Yang diPertuan Agong di bawah sistem raja berperlembagaan yang ada sekarang di mana raja (Yang diPertuan Agong) bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam sistem yang ada sekarang kebijaksanaan Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim banyak bergantung atau dibantu oleh kebijaksanaan satu individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara yang mengetuai badan kehakiman.

Marilah kita lihat dalam tempoh terdekat ini adakah perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim dalam kes-kes berikut telah dilakukan dengan telus dan arif bijaksana oleh Ketua Hakim Negara dan juga Perdana Menteri.

Kes pertama: Baru-baru ini telah terbongkar satu isu di mana bekas seorang Hakim Mahkamah Tinggi Malaya telah gagal menulis penghakimannya dalam 33 kes yang didengarnya termasuk antaranya kes-kes yang melibatkan hukuman gantung sampai mati yang telah diputuskan. Yang anehnya Hakim Mahkamah Tinggi itu telah dinaikkan pangkat dan dia kini menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Kes Kedua: Tan Sri Zaki Tun Azmi seorang peguam yang bukan sahaja rapat tetapi kelihatan terlalu rapat dengan Umno dan klik berkuasa sekarang, baru-baru ini dengan tiba-tiba sahaja telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan tanpa melalui proses biasa yang lazimnya diamalkan sebelum ini iaitu seorang peguam akan dilantik menjadi Pesurujaya Kehakiman terlebih dahulu, kemudian barulah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Tinggi; kemudian ditingkatkan lagi jawatannya kepada Hakim Mahkamah Rayuan. Apabila cukup berpengalaman dan berketrampilan barulah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan. Jadi perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi daripada hanya seorang peguam terus kepada jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan amatlah mengejutkan dan luar biasa sekali.

Dalam masa yang sama terdapat hakim-hakim senior yang berpengalaman dan cemerlang langsung tidak diberi perhatian, tidak dinaikkan pangkat malah dilangkahi dengan amat ketara sekali.

Kes ketiga: Isu berkaitan dengan perlantikan bekas pensyarah Dr Badariah Sahamid menjadi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang dibantah oleh Majli Peguam Malaysia. Kes ini sedang didengar di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas). Majlis Peguam mendakwa hasil semakannya mendapati Dr Badariah tidak pernah memohon Sijil Amalan atau Sijil Annual yang diwajibkan sebagai peguamcara dan peguambela. Semasa perlantikannya, menurut Majlis Peguam lagi Badariah hanya seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan tidak berkhidmat di bawah Jabatan Kehakiman dan Perundangan. Manakala Artikel 122AB dan Artikel 123 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan syarat bahawa seorang peguambela perlu menjalankan amalan selama 10 tahun sebelum boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Dalam tiga kes yang dinyatakan di atas di manakah kebijaksanaan Ketua Hakim Negara dan Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim berkenaan?

Justeru itu atas nama kebaikan kepada sistem kehakiman Malaysia itu sendiri dan kehidupan bernegara yang bermaruah yang menjunjung prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang maka PRM berpendapat adalah wajar dan menasabah sekarang untuk dipertimbangkan dengan serius tentang cadangan supaya satu Suruhanjaya Kehakiman dibentuk di mana tugas perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim di Malaysia diamanahkan kepada Suruhanjaya Kehakiman tersebut.

Syor perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim yang dibuat secara kolektif oleh sebuah badan seperti Suruhanjaya Kehakiman adalah lebih telus dan berwibawa berbanding pandangan dan keputusan seorang individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara.

PRM percaya bahawa Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu berhak untuk mendapat senarai nama calon-calon hakim yang benar-benar layak, berwibawa dan cemerlang untuk dipertimbangkan dan diputuskan untuk menjadi hakim-hakim di mahkamah Malaysia. Peranan ini boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Kehakiman. Ini adalah satu cara yang perlu dilaksanakan sekarang untuk mengembalikan kedudukan badan kehakiman di Malaysia supaya ia menjadi badan kehakiman yang bebas, bermaruah dan berwibawa dan episod klip-video yang memalukan negara ini selepas setengah abad merdeka tidak berulang lagi.



No. 21B(F), Jalan SJ 6, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor
012-2766551 ( Koh) / 013-6302747 (Jalil)




23hb September, 2007

KENYATAAN MEDIA PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)

PRM TUNTUT PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA

Oleh Hassan Karim, Presiden PRM

Tiga minggu selepas Malaysia merayakan ulangtahun kemerdekaan kali ke-50 tahun, negara digegarkan oleh isu klip-video yang menunjukkan seorang peguam kanan sedang bercakap dengan seorang yang dikatakan hakim kanan berhubung perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim mahkamah Malaysia.

PRM berpendapat isu ini perlu ditangani dengan serius dan sungguh-sungguh kerana ia melibatkan badan kehakiman yang merupakan satu daripada tiga cabang utama kerajaan yang memerintah negara ini di bawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan media sebagai berkata bahawa Polis perlu menyiasat segera dakwaan kewujudan klip-video tersebut bagi menentukan sama ada klip- video berkenaan boleh dipercayai atau tidak. Perdana Menteri bagaimanapun menolak cadangan supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

PRM mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri supaya perkara klip-video itu disiasat. Penyiasatan terperinci, mendalam sehingga ke akar umbi adalah perlu bagi membongkar segala hal berkenaan klip-video itu adalah wajar dan perlu bagi mempastikan keadilan asasi dilaksanakan supaya mengelakkan tidak akan ada sesiapa yang teranianya atau dizalimi. Pihak-pihak yang didakwa terbabit dengan kontrovesi klip-video itu perlu dipanggil memberi keterangan serta membela diri mereka. Prosedur penyiasatan yang telus dan adil adalah perlu dilakukan.

Bagaimanapun dalam soal ini PRM berbeza pendapat dengan Perdana Menteri. PRM menuntut supaya penyiasatan dilakukan oleh badan penyiasat bebas iaitu sebuah suruhanjaya diraja. PRM tidak bersetuju tugas siasatan itu diserahkan kepada pihak polis seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.

PRM mempunyai kesangsian yang amat kuat kalau kes video-klip itu hanya disasat oleh pihak polis. Imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekarang berada pada tahap yang paling rendah. Kredibiliti dan integriti Ketua Polis Negara itu sendiri dipertikaikan sehingga disiasat oleh Peguam Negara atas dakwaan terlibat dengan rasuah. Malah PDRM itu sendiri sebagai sebuah institusi secara keseluruhannya telah dicadangkan oleh satu suruhanjaya diraja supaya dibaikpulih imejnya.
Jadi adalah untuk kebaikan kerajaan yang memerintah sekarang dan juga negara keseluruhannya supaya kes klip-video ini disiasat oleh sebuah badan yang berwibawa iaitu satu suruhanjaya diraja.

Perdana Menteri tentu dapat membezakan peranan badan penyiasat bebas seperti suruhanjaya diraja dengan Tribunal membicarakan hakim-hakim (jika perlu diadakan). PRM berpendapat adalah tidak tepat jika tuntutan pembentukan badan penyiasat suruhanjaya diraja ditolak awal-awal lagi oleh Perdana Menteri.

Sekiranya hasil siasatan suruhanjaya diraja mendapati kewujudan klip-video itu tidak benar dan kesahihan kandungannya dipertikaikan atau terdapat kecacatan atau ketulenannya meragukan maka barulah sebuah badan lain sepereti Tribunal Khas untuk membicarakan hakim-hakim tidak perlu ditubuhkan.

Begitu juga sebaliknya, jika suruhanjaya diraja mendapati kewujudan klip-video itu dan kandungannya sah dan tidak meragukan dan ia melibatkan hakim atau hakim-hakim, maka Perdana Menteri tiada pilihan lain melainkan menasihatkan Yang diPertuan Agong supaya satu Tribunal Khas ditubuhkan untuk membicarakan hakim atau hakim-hakim yang berkenaan. Kuasa bagi penubuhan Tribunal Khas ini ada diperuntukkan dengan jelasnya di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan munculnya isu klip-vodeo ini yang berkait dengan soal perlantikan dan juga kenaikan pangkat hakim-hakim, maka PRM merasakan sudah sampai masanya untuk dikaji semula peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa yang amat luas kepada Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim mahkamah di negara ini.

Dalam keadaan yang ada sekarang perlantikan hakim-hakim dan kenaikan pangkat mereka dicadangkan oleh Perdana Menteri kepada Yang diPertuan Agong selepas Perdana Menteri mengadakan konsultasi dengan Ketua Hakim Negara. Yang diPertuan Agong pula sebelum memberi perkenan diraja atas perlantikan tersebut secara konvesinya perlu membawa perkara tersebut kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebagai satu proses konsultasi.

Bagaimanapun pada analisis terakhirnya di segi undang-undang kuasa Perdana Menteri yang mengetuai badan eksekutif mengatasi kuasa Yang diPertuan Agong di bawah sistem raja berperlembagaan yang ada sekarang di mana raja (Yang diPertuan Agong) bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam sistem yang ada sekarang kebijaksanaan Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim banyak bergantung atau dibantu oleh kebijaksanaan satu individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara yang mengetuai badan kehakiman.

Marilah kita lihat dalam tempoh terdekat ini adakah perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim dalam kes-kes berikut telah dilakukan dengan telus dan arif bijaksana oleh Ketua Hakim Negara dan juga Perdana Menteri.

Kes pertama: Baru-baru ini telah terbongkar satu isu di mana bekas seorang Hakim Mahkamah Tinggi Malaya telah gagal menulis penghakimannya dalam 33 kes yang didengarnya termasuk antaranya kes-kes yang melibatkan hukuman gantung sampai mati yang telah diputuskan. Yang anehnya Hakim Mahkamah Tinggi itu telah dinaikkan pangkat dan dia kini menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Kes Kedua: Tan Sri Zaki Tun Azmi seorang peguam yang bukan sahaja rapat tetapi kelihatan terlalu rapat dengan Umno dan klik berkuasa sekarang, baru-baru ini dengan tiba-tiba sahaja telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan tanpa melalui proses biasa yang lazimnya diamalkan sebelum ini iaitu seorang peguam akan dilantik menjadi Pesurujaya Kehakiman terlebih dahulu, kemudian barulah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Tinggi; kemudian ditingkatkan lagi jawatannya kepada Hakim Mahkamah Rayuan. Apabila cukup berpengalaman dan berketrampilan barulah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan. Jadi perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi daripada hanya seorang peguam terus kepada jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan amatlah mengejutkan dan luar biasa sekali.

Dalam masa yang sama terdapat hakim-hakim senior yang berpengalaman dan cemerlang langsung tidak diberi perhatian, tidak dinaikkan pangkat malah dilangkahi dengan amat ketara sekali.

Kes ketiga: Isu berkaitan dengan perlantikan bekas pensyarah Dr Badariah Sahamid menjadi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang dibantah oleh Majli Peguam Malaysia. Kes ini sedang didengar di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas). Majlis Peguam mendakwa hasil semakannya mendapati Dr Badariah tidak pernah memohon Sijil Amalan atau Sijil Annual yang diwajibkan sebagai peguamcara dan peguambela. Semasa perlantikannya, menurut Majlis Peguam lagi Badariah hanya seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan tidak berkhidmat di bawah Jabatan Kehakiman dan Perundangan. Manakala Artikel 122AB dan Artikel 123 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan syarat bahawa seorang peguambela perlu menjalankan amalan selama 10 tahun sebelum boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Dalam tiga kes yang dinyatakan di atas di manakah kebijaksanaan Ketua Hakim Negara dan Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim berkenaan?

Justeru itu atas nama kebaikan kepada sistem kehakiman Malaysia itu sendiri dan kehidupan bernegara yang bermaruah yang menjunjung prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang maka PRM berpendapat adalah wajar dan menasabah sekarang untuk dipertimbangkan dengan serius tentang cadangan supaya satu Suruhanjaya Kehakiman dibentuk di mana tugas perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim di Malaysia diamanahkan kepada Suruhanjaya Kehakiman tersebut.

Syor perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim yang dibuat secara kolektif oleh sebuah badan seperti Suruhanjaya Kehakiman adalah lebih telus dan berwibawa berbanding pandangan dan keputusan seorang individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara.

PRM percaya bahawa Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu berhak untuk mendapat senarai nama calon-calon hakim yang benar-benar layak, berwibawa dan cemerlang untuk dipertimbangkan dan diputuskan untuk menjadi hakim-hakim di mahkamah Malaysia. Peranan ini boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Kehakiman. Ini adalah satu cara yang perlu dilaksanakan sekarang untuk mengembalikan kedudukan badan kehakiman di Malaysia supaya ia menjadi badan kehakiman yang bebas, bermaruah dan berwibawa dan episod klip-video yang memalukan negara ini selepas setengah abad merdeka tidak berulang lagi.

No comments: