Monday, September 15, 2008

PESTA TANGLUNG & SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN DI PEJABAT PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM) DI SELAYANG JAYA, SELANGOR.

Tanggal 13 September 2008, satu majlis meraikan Pesta Tanglung & Sambutan Perayaan Kuih Bulan telah diadakan dengan selamat dan baik di Pejabat Parti Rakyat Malaysia (PRM) bertempat di Selayang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Perayaan ini di sambut oleh kaum Tionghua setahun sekali dalam bulan September dan boleh diraikan oleh masyarakat bukan Tionghua seperti Melayu & India. Ramai kader-kader politik Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang hadir pada majlis tersebut, antaranya Naib Presiden 1 Parti Rakyat Malaysia (PRM), Saudara Tan Chin Hong, Naib Presiden 2 Parti Rakyat Malaysia (PRM), Saudara Koh Swee Yong, Saudara Lee Serdang, Saudara Raju, Saudara Ariffin (Veteran Politik PRM), Saudara Raja (Veteran Politik PRM), Saudara Zulkarnain, Saudara Mohd Fasya dan saudara-saudara yang lain yang berjuang di dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM) amnya. Majlis tersebut berlangsung dengan sederhana tetapi dalam keadaan yang muhibah sekali antara ketiga-tiga kaum di Malaysia. Selain itu, pihak Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga menjalankan mesyuarat selama hampir 2 jam bagi membincangkan isu-isu politik semasa yang berlaku di negara ini dan juga tentang halatuju parti ini dalam mengharungi keadaan politik di negara Malaysia kita ini.

Yang Benar,

Mohd Fasya Bin Mohd Tajudin
Kader Politik Angkatan Pemuda Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Taman Keramat Permai
012-3163874

No comments: