Thursday, July 30, 2009

INKUES KORONER KEMATIAN TEOH BENG HOCK

Hari ini 29hb Julai bermulalah prosiding inkues koroner tentang kematian Teoh Beng Hock oleh seorang majistert. PRM tidak puas hati siasatan tentang kematian Teoh Beng Hock hanya dikendalikan oleh seorang majistret. PRM percaya siasatan yang lebih bebas, menyeluruh dan berwibawa perlulah dikendalikan oleh satu Suruhanjaya Diraja. Mengapa PRM berkata begitu?

Inkues koroner oleh seorang majistret mempunyai banyak kelemahannya.Pertama, majistret seorang diri mengendalikan siasatan itu. Berbanding Suruhanjaya Diraja terdiri ramai ahli panelnya.Kedua, majistret yang menjalankan siasatan itu mungkin tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan dan kuasa-kuasanya juga agak terbatas, manakala kekurangan tersebut dapat diatasi jika siasatan dikendalikan oleh Suruhanjaya Diraja. Ketiga, majistret berkenaan tidak ada kuasa untuk memerintahkan satu siasatan yang bebas. Dia selalunya terpaksa bersandarkan kepada hasil siasatan polis.

Jadi PRM tetap menegaskan bahawa siasatan tentang punca kematian Teoh Beng Hock sewajarnya dikendalikan oleh Suruhanjaya Diraja kerana ternyata daripada pengalaman yang lalu hasil siasatan inkues koroner oleh seseorang majistret adalah tidak memuaskan.

oleh
Hassan Karim
Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM)
29 Julai 2009

No comments: