Tuesday, July 21, 2009

Tindakan tegas terhadap yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock Pastikan peristiwa ini tidak berlaku lagi

Kepada pengarang yang dihormati,

Pada masa kepimpinan UMNO-BN baru meraikan kejayaan pemerintahan 100 hari, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tiba-tiba mengemukakan satu soalan yang susah lagi rumit untuk menguji kepimpinan baru UMNO-BN yang menguar-uarkan slogan “kepentingan rakyat didahulukan” sebagai usaha membaharui imej diri sendiri.

Di bawah slogan ini , kepimpinan ini telah menggariskan melindungi “keselamatan nyawa rakyat” sebagai salah satu keutamaan yang hendak ditangani dan diselesaikan, ekoran daripada kes-kes jenayah yang banyak berlaku di seluruh negara khususnya di kota raya seperti Kuala Lumpur sehingga membahayakan nyawa dan harta benda setiap rakyat Malaysia.

Tetapi, “kematian misteri” Teoh Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor yang di panggil soal siasat di ibu pejabat SPRM Selangor, seakan-akan melemparkan sebutir “bomb” yang berkuasa gegaran yang amat kuat, bukan sahaja memeranjatkan rakyat di dalam negara ini bahkan insan di seluruh dunia.

Walau apapun SPRM dan kerajaan UMNO-BN hendak berkata, tidak juga dapat menolak dan melenyapkan keraguan dan tandatanya yang tercetus dalam otak orang ramai, iaitu adakah nyawa orang ramai masih selamat jika mereka berada di dalam kawasan pihak-pihak penguatkuasa undang-undang, seperti SPRM?

Rakyat negara ini baru sahaja hendak meletakkan harapan pada janji-janji kepimpinan UMNO-BN baru. Mereka berjanji hendak membaikkan keadaan keselamatan nyawa rakyat. Dengan itu, keselamatan nyawa rakyat dapat ditambah-pulih setelah kepimpinan baru mengambil alih kuasa.

Tetapi, kematian Teoh Beng Hock tidak berlaku di mana-mana, kamatian berlaku di dalam ibu pejabat SPRM negeri Selangor sendiri semasa Teoh Beng Hock dipanggil untuk soal siasat. Inilah tempat penguatkuasa undang-undang yang patut rakyat letakkan kepercayaan dan dapatkan perlindungan keselamatan nyawa dan harta benda mereka. Perkembangaan lewat ini bertentangan dengan harapan rakyat, bahkan menimbulkan banyak tandatanya dan membimbangkan, menjadi tekanan yang menakutkan.

Oleh itu, kerajaan UMNO-BN kini harus mengotakkan kata-kata dengan tindakan sebenar, dengan terlebih dahulunya memastikan nyawa orang ramai selamat di kawasan pihak penguatkuasa undang-undang .

Kerajaan UMNO-BN tidak harus bertimbang lagi, malahan mesti hendak menubuhkan satu suruhanjaya diraja dengan segera untuk menyiasat –selidik kematian Teoh Beng Hoch secara menyuluruh dan terperinci, mengambil tindakan setimpal terhadap mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian Teoh, supaya berbuat adil kepada Teoh Beng Hock serta keluarganya, serta memberikan pampasan kepada keluarganya. Sebarang kata dan tindakan yang lain tidak akan menghilangkan kemarahan dan keraguan rakyat.


Yang benar, 19-07-09


Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
012-2766551


21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia



致新闻采访主任,

严厉对付造成赵福明之死的人士
还赵福明和家属公道

马来西亚人民党总秘书辜瑞荣今天发表文告指出,反贪污委员会在巫统-国阵新领导层执政一百天时,出了一道难度高的题目,考新巫统-国阵领导的“人民利益在先”的改变自新口号。

在这个口号下,这个领导层列“人民的人身安全”为优先处理和克服的事项之一。事缘全国各地尤其是大都会如吉隆坡的犯罪刑事案件已经危害每一个国人的人身和财产安全,也令外国投资者和旅客的怀疑我国的执法能力和可靠行。



赵明福在反贪污委员会雪兰莪州总部的“死”,投下一颗震撼力巨大的“炸弹”,令国人和全世界惊愕,无论反贪污委员会和巫统-国阵执政当局怎么说,都推不掉人民的团团疑问,人民在执法办公的范围内的人身安全,到底是否还有安全可言?


原因是人民刚刚寄予厚望,盼望在新的巫统-国阵领导下的新誓言,改善人民的人身安全,人民的人身安全从此可以得到改善。


然而,赵明福之死,发生在反贪污委员会总部,一个正是人民本来以为可以寄望保护人民人身和财产安全的执法臂膀。事态的演变,恰恰相反,切让人们产生疑惑,忧心重重,形成一个可怕的压力。


因此,人民党认为,现有巫统-国阵执政者要用实际行动说明,人民的人身安全首先在执法单位的范围里是安全的。


国阵政府必须立刻成立一个皇家委员会彻查赵福明的真正死亡原因,不需要再考虑,并严厉对付造成赵福明之死的人士,还赵福明和家属公道,并给与赵福明的死亡赔偿。任何的其他话语和行为,都无法消除人民的愤慨和疑虑。


马来西亚人民党总秘书 19-07-09


辜瑞荣
012-2766551


21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia

No comments: