Friday, November 14, 2008

Jalan rosak perlu diperbaiki segera (6-11-2008 Sinar Harian)

AZIMAHGHAZALI

TAMAN SELAYANG JAYA -Penduduk Taman Selayang Jaya berharap masalah jalan rosak dekat perumahan me-reka yang kerap berlaku dapat diselesaikan segera, berikutan tidak sanggup lagi berhadapan risiko akibat perkara tersebut.

Seorang penduduk Jalan SJ 17B, Heng Yoke See, 50, mendakwa sepanjang 16 tahun tinggal di sini, dia tidak pemah melihat jalan di lorong rumahnya diturap meskipun sudah banyak kerosakan jalan yang berlaku.

"Banyak jalan berlubang besar yang boleh membahayakan penunggang motosikal dan basikal, terutama kanak-kanak kerana mereka boleh terjatuh jika melaluinya. Misalnya Jalan SJ 30
berdepan hujung simpang dan Jalan SJ 17B. Kerosakan jalan agak teruk," kata Yoke See.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa program tinjauan masalah setempat oleh Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Koh Swe Yong bersama jawatankuasanya, bagi membincangkan isu berkenaan bersama penduduk.

Seorang lagi penduduk, Liew Siew Chin, 47, berkata, masalah jalan rosak menyebabkan ketidak- selesaan, ditambah dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab penduduk pe-rumahan yang menggunakan kaki lima untuk meletakkan pasu-pasu bunga, terutama yang tinggal di simpang jalan.

"Ini menyempitkan lagi keadaan jalan yang sudah se-diakecil. Selain itu, kami juga berdepan masalah anjir liar yang semakin bertambah pada masa sekarang. Ini boleh membahayakan keselamatan. -

"Kita juga nampak kawasan ini kurang diselenggarakan dengan baik seperti dari segi kebersihan longkang dan pungutan sampah sejak setahun yang lalu. Selain itu kami tu­rut khuatir dengan keadaan pecah masuk rumah yang semakin berleluasa akhir-akhir ini. Begitu juga dengan kejadian ragut. Boleh dikatakan, setiap bulan ada sahaja kes," jelasnya.

Sementara itu, Lee Jin Sing, 61, yang memberikan ko-men belum banyak perubahan yang di lakukan untuk perumah-an mereka sejak pengambilalih­an kerajaan negeri yang baru, dia berharap isu berkaitan ka-wasan setempat, terutama soal kemudahan awam dan ke-selamatan segera diatasi.

"Ini bukan soal parti, tetapi menyatakan kebenaran. Kita tengok masa sekarang keadaan masih teruk. Harap pihak berkenaan terutamanya pemimpin, agensi dan pihak terlibat dapat meneliti serta menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi untuk mengembalikan kepercayaan mereka kepada kerajaan negeri baru sekarang.

"Mereka perlu ambil perhatian soal kebajikan rakyat seperti yang diuar-uarkan, termasuk soal jalan yang berkaitan keselamatan. Begitu juga dengan kejadian jenayah yang semakin meningkat di perumahan ini pada masa sekarang," tegas Jin Sing kepada Sinar Harian.

Naib Presiden PRM pertikai pembelian kuarters YDP

TAMAN SELAYANG JAYA - Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Koh Swe Yong mempertikaikan pembelian kuarters bernilai RM900,000 untuk kediaman Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Zainal Abidin Azim.

Menurut Swe Yong, beliau berasa kesal dengan tindakan sebahagian besar Ahli Majlis MPS yang bersetuju dengan pembelian banglo dua tingkat yang terletak di Temper Villa itu.
"Sepatutnya, mereka lebih mengutamakan kepentingan rakyat yang sentiasa berdepan dengan masalah setempat, selaras dengan tujuan utama mereka yang mahu memelihara kebajikan rakyat.

"Yang saya kesalkan, bila kita minta supaya masalah seperti jalan rosak segera dibaiki, alasan yang selalu kita dengar adalah 'tunggu dulu', 'tiada kewangan' dan 'belum ada peruntukan'.

'Tetapi saya difahamkan, mereka boleh pula mahu peruntukan kewangan bagi membeli 'notebook' pada setiap seorang ahli majlis dan terkini, (MPS mahu membeli) bas mini," kata Swe Yong yang juga penduduk di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas aduan penduduk seperti jalan raya, isu penyelenggaraan kawasan dan keselamatan yang didakwa masih belum diselesaikan sehingga sekarang.
Swe Yong mendakwa, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sudah maklum dengan masalah berkaitan yang dihadapi penduduk susulan pertemuannya dengan mereka sejak Julai lalu, namun perubahan masih belum berlaku.

"Apa yang kita nampak, kerajaan negeri dahulu dengan sekarang masih belum banyak bezanya. Mereka (Pakatan Rakyat) kata ingin jadi lebih efisien dan sewajarnya masalah sebegini dapat di­selesaikan," kata Swe Yong.

Dalam pada itu beliau memaklumkan banyak jalan di sini yang rosak teruk seperti Jalan SJl, SJ3, Jalan Indah 3 dan 2, Jalan llA, llB serta Jalan SJ 5 dan 24, sehingga terdapat yang lebih 30 tahun belum diturap.

Terdahulu, berhubung keputusan majoriti ahli majlis yang bersetuju mem-beli kuarters berkenaan, Zainal sebelum ini menjelaskan ia bertujuan memberi keuntungan jangka panjang, selain lebih efektif memandangkan sewa kediaman yang sudah dihuni hampir setahun itu dibayar RM5,000 sebulan.

No comments: