Wednesday, November 19, 2008

Diskaun Tol 10% tidak Memanfaatkan

Diskaun Tol 10% tidak memanfaatkan

Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa pemberian diskaun tol sebanyak 10% oleh pihak Lebuhraya Utara-Selatan dan Elite kepada pengguna jalanraya kelas 1 yang menggunakan jalanraya dari 12 tengah malam ke 7 pagi tidak akan ada apa-apa kesan untuk mengurangkan beban dan tekanan ekonomi kepada negara dan rakyat pada masa negera menghadapi kesulitan ekonomi dan kenaikan harga barangan, menurunkan harga barangan, dan pihak lebuhraya tidak menunaikan tanggungjawab sosialnya seperti yang disebut oleh menteri BN.

Jika kerajaan BN hendak menurunkan harga barang, salah satu langkah yang perlu diambil ialah menurunkan kos pengangkutan , langkah ini boleh dilakukan jika pihak berkenaan menurunkan tol. Harga minyak sudah turun dengan banyaknya.

Perbuatan pihak lebuhraya yang memberi diskaun tol sebanyak 10% bagi masa bukan sibuk (peak hours) dari 12 tengah malam ke 7 pagi menunjukkan pihak berkenaan tidak sungguh-sungguh dalam membantu negara dan rakyat untuk sebahu mengharungi masa yang susah ini , perbuatan itu nampaknya hanya kosmetik dan tidak efektik untuk menangani masalah kenaikan harga barang dan kesesakan kenderaan pada musim raya dan semasa sibuk pergi dan balik dari kerja.

Berapa orang pengguna lebuhraya akan mengambil risiko memandu pada larut malam hingga subuh serta mengorbankan keselesaan tidur dan keselamatan sekeluarganya demi diskaun tol dua tiga ringgit sahaja?

Oleh itu, kerajaan BN harus memujuk pihak lebuhraya menurunkan tol bagi kenderaan pengangkutan awam seperti lori dan bas, memberi potongan bagi kesemua kelas kenderaan lain dan memberi diskaun tol sekurang-kurangnya 50% kepada mereka yang mengguna lebuhraya dari 12 tengah malam ke 7 pagi.

Dengan demikian barulah dapat kerajaan BN ternampak sungguh-sungguh menurunkan harga barang dan mengalihkan penggunaan lebuhraya dari masa sibuk ke masa larut malam yang tersebut, menyelesaikan kesesakan di lebuhraya ; pihak lebuhraya barulah boleh dikatakan menunaikan tanggungjawab sosial dalam menolong meringankan beban dan tekanan kehidupan rakyat.

Koh Swe Yong
(Setiausaha Agung)

19-11-2008

No comments: