Tuesday, August 25, 2009

Kartika dikecualikan daripada disebat

Amat memalukan bahawa merotan masih diguna sebagai satu bentuk penderaan di merata dunia sebagai factor pencegahan kecuali di beberapa buah negara Islam.

Belumkah pihak-pihak ini beralih dari zaman pertengahan ke psikologi moden dan pembangunan insan terkini bahawa untuk menggalakkan tabiat dan nilai peribadi yang baik ialah melalui pujukan dan pendidikan? Ini termasuklah pembangunan nilai yang murni dalam masyarakat amnya.

Kenapa terus lagi menghukum Kartina setelah Kartina membayar denda berat sebanyak RM 5000?

Merotan 6 kali hampir sama dengan hukuman yang dijatuhkan pada perogol bergantung pada keseriusan keganasan dan perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap mangsanya. Adakah kita boleh menyamakan jenayah itu sama dengan "perbuatan salah" yang dilakukan oleh Kartina.

Kepada siapakah telah Kartina mengganasi dan apa kesakitan yang dikenakan kepada orang lain? Selain itu, terdapat 2 orang anak yang perlu menanggung fikiran bahawa ibu mereka akan dirotan. Apakah pandangan rakyat lain di Malaysia dan dunia luar yang akan berfikir akan undang-undang Islam di Negara ini?

PRM bersimpati pada Kartina dan anaknya, dan harap mereka akan dilindungi daripada perbuatan kaum sesetengah golongan laki-laki yang tidak mempunyai perikemanusian dan niat yang tidak baik . Orang-orang ini mengguna hukuman tanpa perikemanusian yang bermaksudkan mendera atas nama undang-undang Allah.

Bebaskan Katrina dari penjara dan seksaan yang berlanjutan.


Yang benar,


Dr. Rohana Ariffin
Naib Presiden
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
012-4221255


21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia

Kartika be spared from caning

It is a real shame that everywhere in the world (with the exception of some islamic countries) that canning is still used as a form of punishment, with the intention of deterent.

Have they not moved from the medieval age to modern psychology and human development, that to encourage good personal habits and value is by persuasion and education?

Why punish Kartina when she already paid the heavy fine of RM5,000.

Canning 6 times is almost equivalent to that imposed on rapists depending on the severity of the violence perpetrated on the victim.

Who has Kartina violated and what pain has she caused on anyone? Besides having her two children to bear the thought that their poor mother would be canned soon, what impression would other communities in Malaysia and the world think of the islamic laws here?

PRM sympathies are with her and her children and may they be protected from the evils of men who use punitive punishment in the name of God's law.

May she be spared and set free from canning and imprisonment..

Yang benar,

Dr. Rohana Ariffin
Vice President
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
012-4221255
24-08-09

(Kartina, 32 a model, from Sungai Siput Perak and married to a Singaporean, was arrested during a raid at a hotel lounge in Cherating Kuantan Pahang about 11.40 pm on July 11 2008 for breaching Syariah Law which forbids Muslims from drinking alkohol. On July 20 , the Syariah High Court of Kuantan fined her RM 5000 or 3 years jail and 6 strokes of caning after she pleaded guilty.

The caning sentence was the first of its kind on a woman in Malaysia.

Kartika refused to appeal the sentence, and had instead asked for her punishment to be carried out as soon as possible and in public. The case has attracted international attention, and the story was highlighted by major networks and the news carried online by a dozen agencies descended at her home to cover the event on Monday 24 August 2009, when she was supposed to be escorted by 1 males and 2 females religious officials from her father's house in Sungai Siput to Kajang Women's prison in Selangor for caning, but on leaving the house 200 metres, the van ferrying her turned back because an ordered was given that her punishment had been deferred till after the fasting month of Ramadan, the muslims fasting month began on 22 August 2009.

Prime Minister Najib Razak appealed to her to make an appeal to the Syariah Appeal Court. On writing this short account and in response to the appeal amde by PM Najib, Kartika had rejected appeal. --26-08-09)

Henti rampasan kuasa tumpu pada ekonomi

sokong PAS di Permatang Pasir

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyokong calon PAS Ustaz Salleh Man dalam PRK Permatang Pasir melawan calon UMNO-BN dan menyeru pengundi menolak UMNO-BN kerana kerajaan UMNO-BN ini bukan sahaja tidak mendahulukan kepentingan rakyat sepertimana yang diuar-uarkan, bahkan asyik merancang merampas kuasa pemerintahan daripada Pakatan Rakyat (PR) dengan taktik yang memuakkan dan menjijikkan.

apa kata Najib semasa wujud pilihan raya kecil Penanti

Semasa berlaku PRK Penanti, UMNO-BN tidak meletakkan calon kononnya hendak menumpu perhatian pada ekonomi negara yang kian lanjut kian tenat, tetapi perkembangan seterusnya cukup jelas menunjukkan cakap-cakap rejim UMNO-BN hanya cakap kosong dan lebih merupakan jimik propaganda politik.

gila kuasa kerana kemewahan

Oleh sebab taasub akan kuasa pemerintahan yang dilucutkan oleh pengundi pada 8 Mac 2008 dan hilang bersamanya segala kemewahan luar biasa yang dinikmati, berlakulah macam-macam kekecohan dan kacau-bilau di negeri yang diperintah PR khususnya di Selangor.

Kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock dan penyiasatan SPRM terhadap ADUN PR Selangor dan pembantu mereka. RM2 ribu diguna membeli bendera disiasat, manakala mahligai 20 juta Khir Toyo tidak bermasalah, seakan-akan ADUN BN semua bersih walaupun seluruh dunia mengetahui mereka mempunyai harta bernilai berjuta-juta ringgit tidak lama kemudian menjadi YB.

kekurangan barangan harian dan harga melambung naik

Kesudahnya, masyarakat kini kekurangan gula, tepung, dan barang keperluan harian yang lain, harga barangan melambung naik, rakyat menderita kerana kena mencari-cari bahan kehidupan harian yang asas ini. Jenayah jalanan mencapai tahap yang mencemaskan, selesema H1N1 berleluasa. Ini menimbulkan kegelisahan dan keadaan yang menakutkan rakyat. Masyarakat kita langsung tidak selamat lagi.

demi masa depan rakyat sokong PAS

Oleh itu, PRM menyeru pengundi Permatang Pasir supaya demi kebajikan rakyat dan masa depan rakyat diri sendiri, memberikan sokong penuh kepada calon PAS dan menolak BN sebagai isyarat kepada kepimpinan BN supaya menghentikan segala langkah kotor dan tamak, mencuba merampas kuasa pemerintahan daripada PR serta bertumpukan sumber dan tenaga pada penyelesaian masalah ekonomi yang kian lama kian tenat dan menderitakan rakyat jelata.

Yang benar,

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551
21-08-09

Permohonan Dr. Syed Husin Ali dan 8 lagi Pertimbang bubarkan PRM Ditolak dengan Kos

Pendftaran PRM adalah sah

Pada 16 Julai 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas 1, Yang Arif Puan Low Bee Lan telah menolak dengan kos permohonan Dr. Syed Husin Ali dan 8 lagi supaya dibatalkan perakuan pendaftaran nama pertubuhan : Parti Rakyat Malaysia (PRM). Tulisan Kehakiman akan dikemukakan. Walau bagaimanapun pemohon-pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.

Keputusan tersebut di atas dibuat setelah peguam-peguam yang mewakili pemohon dan responden memberikan hujah untuk kali terakhir dalam kamar petang ini dari pukul 3.30 petang ke 5.50 petang.

Peguam pemohon ialah Cik Ranuka a/p Balasubramaniam, manakala responden pertama dan kedua diwakili Peguam Persekutuan Encik Norhisham bin Ismail, dan responden ketiga hingga ke-12 (pencelah) diwakili oleh Encik G.K. Ganesan (lead council), Encik K. Palaniandy dan Encik Hassan Abd. Karim.

empat sebab kenapa permohonan ditolak

Hassan karim selaku presiden PRM menyatakan selepas selesainya perbicaraan bahawa permohonan bekas pemimpin PRM yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan pendaftaran PRM ditolak dengan sebab-sebab berikut.

pendaftar telah membuat keputusan

Pertama, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) telah membuat keputusan “tidak dapat diberi pertimbangan” terhadap permohohan pemohon untuk membubarkan PRM dalam surat jawapan kepada Dr Sanusi Osman bertarikh 11 Mei 2005.

tidak adakan kongres khas ahli

Kedua, sebabnya pertimbangan membubarkan PRM tidak dapat diberi ialah undang-undang berdaftar iaitu Perlembagaan Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak mempunyai peruntukan membubarkan parti. Dalam keadaan ini, Peruntukan 9(h) Akta Pertubuhan 1966hendaklah dipakai jika PRM hendak dibubarkan. Peruntukan 9(h) menyatakan supaya satu mesyuarat khas ahli-ahli PRM diadakan dan usul pembubaran PRM mesti hendak dilulus oleh sekurang-kurangnya 60 % daripada semua ahli PRM. Bekas kepemimpinan PRM tidak mengadakan mesyuarat khas ahli ini.

belum habiskan remedy (jalan)

Ketiga, sekiranya pemohon-pemohon tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan ROS, mereka hendak terlebih dahulu mengikuti Peruntukan 18 Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh satu bulan membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri setelah ROS menolak permohonan untuk membubarkan PRM, tetapi mereka tidak berbuat demikian.

pemohon bukan ahli lagi

Keempat, pemohon-pemohon tidak ada locus standi kerana mereka telah meninggalkan parti menyertai PKR. Semasa membuat permohonan semakan kehakiman ini, pemohon bukan ahli-ahli PRM lagi.

Oleh sebab itu, pemohon-pemohon belum menghabiskan remedy yang diperuntukkan dalam Akta Pertubuhan 1966 semasa memohon semakan kehakiman di mahkamah supaya pendaftaran PRM dibatalkan kononnya PRM dan Parti Keadilan Nasional telah bercantum dan sebuah parti baru yang bernama PKR terlahir.

Pada 9 Januari 2006, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas 1, mendiang Yang Arif Datuk Ganga Dharan telah memberi satu perintah mandamus untuk mengarahkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia supaya menimbang dan membuat satu keputusan berdasarkan undang-undang yang sedia ada terhadap permohonan pemohon-pemohon melalui Borang 6 bertarikh 14hb April 2005 untuk membubarkan pendaftaran Parti Rakyat Malaysia. Afidavit permohonan Dr Sanusi bin Osman dan 8 lagi untuk semakan kehakiman ini diikrarkan pada 26 September 2005.

Oleh sebab semakan kehakiman tersebut melibatkan kepentingan dan hak kebebasan berorganisasi ahli-ahli PRM, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil yang sama telah meluluskan permohonan 10 orang ahli PRM untuk mencelah dalam proses semakan kehakiman ini pada 9 Januari 2007.

Pemohon untuk membubarkan pendaftaran PRM

Pemohon untuk semakan kehakiman ialah Dr. Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Sanusi bin Osman, bekas Setiausaha Agung PRM and pernah menyandang Ahli Majlis Parti Tertinggi (MPT), Sivarasa Rasiah bekas Naib Presiden PRM dan kini Naib Presiden PKR merangkap ahli Parlimen Subang, Lam Yong Pang @Lim Yoon Pang bekas ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) PRM, Ban Ah Kam pernah dilantik ahli MPT PKR, Tai Kim Tat bekas AJKP PRM, Latheefa Beebi Koya bekas AJKP PRM dan kini ahli MBPJ merangkap Ketua Penerangan PKR, Faizal bin Sanusi bekas ketua Angkatan Muda PRM dan Angkatan Muda PKR, dan Parti Rakyat Malaysia.

Pencelah yang mempertahankan pendaftaran PRM

Pencelah ialah ahli-ahli PRM Koh Swe Yong, Zulkarnain bin Abdullah, M. Shariff bin Attan, Saleh bin Sikun, Mohd Salleh bin Haji Ahmad, Abd Jalil bin Ahmad, Ahmad Aidit bin Abdullah, Tan Cheng Hong, Chin Kooi Chong, dan Wong Hoy Chow.


Yang benar,



Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
012-2766551
17-07-2009

Ucapan Presiden PRM pada Malam Kemenangan PRM

Apakah Pentingnya Malam ini?

Pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Pusat PRM menamakan majlis ini sebagai Malam Kemenangan Parti Rakyat. Kemenangan yang dimaksudkan ialah kemenangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu di mana Mahkamah memutuskan bahawa permohonan pihak-pihak yang ingin membubarkan Parti Rakyat telah ditolak dengan kos.

Ertinya PRM hari ini masih berdiri sebagai sebuah parti politik yang sah dan dapat bergerak seperti parti-parti politik yang lain.

Kemenangan Kecil

Bagi saya, ini hanyalah satu kemenangan yang kecil. Kemenangan yang lebih bermakna bukannya sama ada PRM bubar atau tidak bubar; bukannya sama ada PRM mati atau hidup. Yang lebih bermakna ialah sama ada cita-cita PRM dapat dicapai. Jika apa yang dicita-citakan PRM dapat dicapai, barulah itu kita anggap satu kemenangan. Walaubagaimanapun, saya amat bersyukur. Keputuasan mahkamah pada 16 Julai lalu tetap satu kemenangan yang penting dalam perjuangan PRM.

Tiada Siapa yang Kalah

Dalam majlis malam ini, saya dengan rendah hati menyatakan bahawa walaupun Parti Rakyat menang di mahkamah tetapi sebenarnya tidak ada siapa yang kalah. Isu di sebalik pertikaian di mahkamah adalah ibarat isu dalam satu keluarga. Seperti dalam satu keluarga, air dicincang tak akan putus. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bertaut juga.

Saya secara peribadi dengan hormatnya memohon sahabat-sahabat yang menjadi pihak pemohon dalam kes Semakan Kehakiman di mahkamah itu supaya menerima dengan baik keputusan mahkamah tersebut. Saya berharap sahabat-sahabat saya itu tidak membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Namun begitu saya tetap menghormati hak mereka jika masih ingin terus merayu ke Mahkamah Rayuan.

Terima Kasih kepada Barisan Peguam

Saya mohon merakam penghargaan yang tinggi dan ucapan ribuan terima kasih kepada barisan peguam Parti Rakyat yang telah memperjuangkan kes Parti Rakyat di mahkamah. Mereka terdiri daripada Saudara GK Ganesan, Saudara K.Palaniandy dan Saudara Wee Chee Keong.

Apakah Kemenangan Yang Besar?

Pada malam ini saya ingin menyatakan bahawa bagi Parti Rakyat kemenangan yang lebih besar ialah jika Barisan Nasional (BN) yang didukung oleh Umno, MCA dan MIC dapat ditumbangkan. Saya percaya Pakatan Rakyat yang teriri daripada Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP dan didukung oleh massa rakyat mampu menumbangkan BN. Saya percaya Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN. Pendirian Pakatan Rakyat jauh lebih progresif dari BN dalam isu-isu seperti menentang ISA, tidak memainkan isu perkauman, lebih telus dan anti-rasuah. Saya berharap parti-parti dalam Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan isu-isu semasa yang menggangu kesatuan mereka dan terus fokus kepada agenda nasional yang lebih besar. Pakatan Rakyat, bagi saya sebenarnya ia kini berada di dalam eksperimen dan saya berharap ia berjaya dan lulus ujian yang getir ini dan muncul dengan lebih teguh, mantap dan meyakinkan.

Pada malam ini, saya selaku Presiden PRM dengan terus terang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat boleh menjadi satu alternatif kepada BN dalam sistem dua parti yang sedang dalam pembinaan. Saya akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pusat PRM dalam mesyuarat yang terdekat ini supaya Parti Rakyat secara rasmi memohon menjadi anggota komponen Pakatan Rakyat.

Parti Rakyat yang mewarisi perjuangan PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya)akan meneruskan kesinambungan perjuangannya yang menggalas tugas menggembleng kekuatan progresif sejak Putera-AMCJA melawan penjajah kolonial dan diteruskan dengan Fron-Sosialis (Parti Rakyat dan Parti Buruh)pada akhir 50an dan 60-an, Harakah Keadilan (kerjasama pilihanraya antara Parti Rakyat dengan PAS dan lain-lain) pada pilihanraya umum 1986, kemudian diikuti dengan Gagasan Rakyat pada tahun 1990 dan 1995 (gabungan Parti Rakyat dengan Parti Semangat 46, DAP dan IPF) dan diikuti dengan Barisan Alternatif pada 1999 dan 2004. Dalam semua kerjasama parti-parti pembangkang, Parti Rakyat tetap ada dan sentiasa kekal, teguh dan setia dalam perpaduan menentang Perikatan dan BN dari dahulu sampai sekarang.

Apakah Kemenangan Yang lebih Besar?

Kemenangan yang lebih besar bagi Parti Rakyat ialah jika kita berjaya, iaitu benar-benar berjaya membina sebuah negara Malaysia yang bersatu, adil dan demokratik. Satu negara bangsa iaitu Bangsa Malaysia yang berteraskan ketuanan rakyat bukannya ketuanan satu-satu kaum. Bukan juga ketuanan feudal, sama ada feudal lama ataupun feudal baru. Ketuanan rakyat yang saya maksudkan ialah rakyat yang berkuasa dan kuasa itu bertujuan untuk menjunjung keadilan sesama manusia, yang mempertahankan kebebasan dan demokrasi dan bercita-cita membina perpaduan Bangsa Malaysia yang tulen bersatu atas dasar keadilan sosial. Ini adalah agenda nasional masa depan. Jika perlukan satu kontrak sosial baru, maka inilah asasnya.

Parti Rakyat dan Pakatan Rakyat

Parti Rakyat akan berada bersama-sama Pakatan Rakyat di barisan depan jika Pakatan Rakyat benar-benar tulus dan jujur untuk memperjuangkan satu negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, yang bersatu dan bergerak ke depan atas landasan keadilan, di mana peluang yang saksama untuk semua termasuk terutamanya golongan yang miskin, lemah dan terabai tanpa mengira latar belakang kaum, budaya dan agama mereka. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ini hanya dapat dicapai sekiranya semua yang berhak dibantu, perlu dibantu; tanpa mengira bulu. Kita perlu benar-benar beriltizam dan komited bukan sahaja untuk membasmi kemiskinan dan kemunduran, tetapi kita juga beriltizam dan komited untuk membasmi pilih kasih dan diskriminasi. Kita benar-benar mahu supaya setiap rakyat, saya bermaksud setiap rakyat dari semua golongan dan latarbelakang, tanpa mengira kaum dan agama masing-masing menyedari dan menerima serta mengiktiraf bahawa Malaysia ini adalah tanahair mereka di mana mereka sendiri, anak-anak dan cucu-cicit mereka; generasi sekarang dan generasi mereka akan datang sama-sama mempunyai hak dan peluang serta tanggungjawab di bumi Malaysia yang bertuah ini yang menjanjikan masa hadapan yang gemilang.

Jika ini dapat kita capai, maka itu adalah satu kejayaan. Perjuangan yang panjang itu telah kita mulai selama ini dan pada malam ini kita sekali lagi menegaskan keazaman kita itu.

Hidup Parti Rakyat!

Hidup Ketuanan Rakyat!

Yang benar,

Hassan Karim
Presiden
Parti Rakyat Malaysia (PRM),
Kuala Lumpur
Bertarikh:15 Ogos 2009

Halangan dan cabaran PRM

Malam kemenangan PRM tiadakan (negate) pemikiran golongan kiri yang miopik (dangkal)

Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah mengadakan majlis “Malam Kemenangan PRM” baru-baru ini iaitu 15 Ogos 2009 di Kuala Lumpur untuk meraikan usaha yang berjaya mempertahankan pendaftarannya.

Pada 16 Julai 2009 Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah menolak permohonan sebilangan bekas kepemimpinan PRM untuk membubarkan PRM, dan seterusnya mematahkan niat bekas kepemimpinan PRM yang diketuai oleh bekas presiden PRM Dr Syed Husin Ali untuk membubarkan PRM melalui mahkamah . Bekas ahli PRM ini telah melompat memasuki Keadilan.

sambutan baik ahli-ahli PRM

Menurut pengerusi majlis malam selaku Setiausaha Agung PRM Koh Swe Yong, majlis tersebut dijangka diadakan 8 meja, tetapi oleh sebab disambut baik oleh ahli-ahli PRM, majlis akhirnya membuka 15 meja. Selain ahlil-ahli PRM, tetamu jemputan dari PAS Bahagian Gombak yang diketuai Cikgu Ishak Surin, Setiausaha Agung Pertubuhan Sekerja Gopalan, Setiausaha Agung PSM Aru, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan lain-lain juga menghadiri majlis tersebut.

masih halangan politik

Pengerusi majlis menegaskan bahawa walaupun PRM sudah mengharungi masa yang paling susah dan sengit, mendapatkan pengakuan terhadap pendaftarannya sebagai sebuah parti berdaftar yang sah, akan tetapi dapat dijangkai PRM akan pada masa depan terus-menerus menghadapi keadaan, di mana bekas pemimpin PRM mencuba mengguna apa-apa carapun untuk meminggirkan dan melenyapkan nama PRM secara politik.

Oleh itu, Koh Swe Yong menyeru kepada bekas pemimpin PRM itu supaya menerima hakikat bahawa PRM sebagai sebuah pertubuhan politik tidak pernah dibubarkan oleh ahli-ahlinya dan berhentilah segala tindak-tanduk yang sia-sia ini terhadap PRM. Penindas utama rakyat hari ini ialah parti pemerintah pusat iaitu UMNO-BN yang korup dan zalim. Demi kepentingan rakyat PRM bersedia bila-bila bekerjasama untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

Pada malam kemenangan tersebut, yang berucap Presiden PRM Hassan Karim, Ketua PAS Gombak Cikgu Ishak Surin, Setiausaha Agung Pertubuhan Sekerja Gopalan, Setiausaha Agung PSM Aru, ahli Keadilan Siti Nor Hamid Tuah dan Ahmad Hamid Tuah, Naib Presiden selaku Ketua Pulau Pinang PRM Gary, dan Jalil Ahmad.

surat pertama meminta diadakan kongres khas ahli untuk bubarkan PRM

Jalil Ahmad merupakan ahli PRM yang pertama menulis surat pada September 2004 kepada Setiausaha Agung ketika itu menanyakan bila akan diadakan Kongres Khas ahli PRM untuk membubarkan PRM kerana kononnya PRM telah bercantum dengan Keadilan pada 3 Ogos 2003. Selain itu, bekas tahanan ISA Yap Kok On serta anak perempuannya dari Negeri Sembilan bersama-sama mempersembahkan biola pada malam itu.

bersatu melawan musuh utama

Dalam ucapannya, Presiden PRM Hassan Karim mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PRM serta panel peguam yang membela PRM iaitu Palaniandy, G. K. Ganesan dan Wee Choo Keong yang banyak berusaha secara profesionalisme atas pembelaan hak demokratik dan hak asasi kemanusiaan.

Apabila bersentuh tentang keadaan politik semasa tanah air, Hassan Karim menegaskan lagi, walaupun wujudnya perbezaan antara PRM dengan Pakatan Rakyat(PR) khususnya Keadilan, tetapi kesemua perbezaan bukannya pertentangan yang utama, penindas utama yang dihadapi oleh golongan bukan pemerintah pusat ialah UMNO-BN. PRM menyokong perjuangan PR untuk menegakkan demokrasi dan membela kepentingan rakyat walaupun PRM tidak dalam PR.

Sejak penubuhan PRM pada 11 November 1955, PRM tidak pernah berhenti daripada menentang dasar-dasar Barisan Nasional (BN) dan Parti Perikatan iaitu nama BN pada 1960an. Kemenangan PRM sekarang hanya merupakan kemenangan kecil. Secara perbandingan, kemenangan yang bermakna dan besar ialah apabila pemerintah UMNO-BN yang berkuasa selama 55 tahun itu ditumbangkan dan dilucutkan kuasa pemerintah pusat. Bagi PRM, Kemenangan menumbangkan kerajaan UMNO-BN ialah kemenangan yang besar dan murni.

Hassan Karim berkata, setelah mendapatkan pengakuan terhadap pendaftaran PRM, beliau berharap bekas pemimpin PRM menghormati hak kebebasan berpersatuan dan tidak merayu. Beliau berkata, selepas ini PRM perlu melipat-gandakan usaha untuk meneruskan tradisi PRM yang sediakala memberi khidmat

PRM anti-penjajahan anti-feudalisme anti-kapitalisme dan tuntut kemerdekaan

Cikgu Ishak menyatakan bahawa penubuhan PRM adalah untuk menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan Malaya, menentang sistem ekonomi kapitalisme dan feudalisme. Cikgu Ishak pernah bersama-sama dengan pengasas PRM seperti Boestamam, Pak Sako dan Dr. Burhanuddin Helmi mengasaskan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) selepas tamatnya Peperangan Dunia Kedua.

hak kebebasan berpersatuan

Setiausaha Agung Pertubuhan Sekerja Gopalan barkata pada ketika negara menghadapi kemelesetan ekonomi, rejim autokratik UMNO-BN sedang mempertingkatkan cengkaman terhadap rakyat, oleh itu rakyat harus bersatu-padu menentang rejim yang autokratik ini. Pertubuhan Sekerja ditubuhkan pada 1970an.

Setiausaha Agung PSM mengucapkan tahniah kepada PRM kerana dapat mempertahankan pendaftarannya. Beliau berkata pengalaman PSM untuk mendapatkan pendaftaran menjadikan PSM cukup memahami dan menghayati makna hak kebebasan berpersatuan

bekas PRM dipinggirkan teman rapat dicalonkan

Bagi Siti Nor Hamid Tuah, beliau menyertai Keadilan dengan harapan semangat berkhidmat kepada rakyat jelata dan cita-cita perjuangan murni PRM dapat diterapkan dalam Keadilan. Walaupun bagaimanapun beliau membidas pucuk kepemimpinan Keadilan kerana enggan menerima kritikan dan pandangan yang berlainan. Contohnya pada PRU 12, bekas pemimpin PRM yang menyertai Keadilan dan ada semangat berkhidmat tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum, sebaliknya orang-orang yang rapat dengan pucuk pimpinan dan merupakan kawan baik dilantik, kesudahannya apabila pengundi ada masalah dan mendapatkan bantuan daripada wakil-wakil rakyat, mereka tidak dibantu, bahkan penolong YB ini mengambil sikap sambil lewa. Keadaan macam ini sungguh mengecewakan.

Jalil Ahmad menegaskan bahawa PRM adalah parti berbilang kaum. Suasana macam malam ini jarang-jarang boleh didapati di perhimpunan lain. PRM akan terus berjuang untuk rakyat negara ini.

Yang benar, 18-08-09

Koh Swe Yong
012-2766551

siapa didahulukan: pegawai atau rakyat

Batalkan langkah tutup pintu kecil pasar borong Selayang.

Kenyataan akhbar Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik memberi perhatian serta mengambil tindakan segera , membatalkan langkah yang dilaksanakan oleh pegawai baru Dewan Bandaraya K.L. di Pasar Borong Selayang. Langkah tersebut telah menutup pintu-pintu kecil keluar-masuk pasar tersedut dua hari yang lalu. Pintu-pintu telah dikimpal.

Pada masa yang sama, Menteri berkenaan harus memastikan perbuatan yang tidak munasabah dan menyusahkan pengguna itu tidak akan berulang lagi.

PRM berpendapat bahawa langkah pegawai DBKL di Pasar Borong Selayang itu telah membelakangkan slogan perdana menteri Najib Razak iaitu “rakyat didahulukan ” dan “ mengurangkan kes samun jalanan 20 % ”.

langkah susahkan pengguna

Menurut aduan yang diterima PRM, sebab musabab langkah menutup pintu tidak diketahui.

Akan tetapi, langkah tersebut telah menimbulkan banyak masalah dan kesusahan kepada pengguna. Orang ramai gelisah dan geram kerana sekarang pengguna mesti hendak berpusing jauh mengguna pintu besar untuk ke bank-bank, kedai makan dan kedai-kedai lain yang berada di luar pagar pasar borong, perbuatan ini membuang masa dan tenaga.

Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah kini keadaan keselamatan amat cemas, setiap hari berlakunya kes-kes samun dan rompak bunuh. Berpusing jauh mengguna pintu besar pasar borong ke bank-bank, kedai makan dan sebagainya hanya meningkatkan perasaan tidak selamat , seterusnya menaikkan peluang pengguna disamun.

Pada hal, semasa pasar borong itu dibina, pintu-pintu tersebut telah dibina untuk memudahkan pengguna yang menggunakan pasar itu. Sebaik saja pengguna keluar dari pasar ialah bank-bank, kedai-kedai makan dan sebagainya, orang ramai berlalu-lalang, keadaan begitu selamat dan memudahkan.

ada udang di se balik batu?

Oleh itu, pengguna mengesyaki langkah tersebut ada udang di sebalik batu, serta mempunyai bau penyalahgunaan kuasa. Apakah pihak berkenaan tidak tahu-mengetahui akan fungsi sebenar pintu-pintu kecil yang dibina itu semasa pasar borong mula-mula dibuat?

Oleh itu, PRM menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik bersungguh-sungguh mengambil-berat akan masalah-masalah tertimbul yang akan meninggalkan kesan negatif dan kegelisahan terhadap keselamatan harian rakyat negara ini serta kesusahpayahan kehidupan mereka. Dalam kes pasar borong Selayang ini, tindakan hendak diambil segera untuk menyelesaikannya, tindakan dikenakan terhadap pegawai yang sewenang-wenangnya mengimposekan langkah yang menyusahkan rakyat serta memastikan perbuatan sedemikian tidak akan berulang lagi. Apatah lagi langkah-langkah itu telah bertentangan dengan slogan perdana menteri bahawa “Rakyat didahulukan” dan “Samun jalanan dikurangkan sebanyak 20 %”.

Yang benar, 11-08-09

Koh Swe Yong
012-2766551

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia